Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 4 Februari 2017

Alat Permainan

Bila mak ngah jalan-jalan dan nampak barang mainan harga murah-murah. Tangan nie tetiba kutip je masuk bakul. Ibu adik bebel, dia kecik lagi... mana tahu blaja dan main lagi... 

Sejak ada adik, pasaraya bahagian alat permainan lah tempat utama mak ngah akan jeling2 sampai juling.

~~~~~~~~~

2/2/2017 - yang nie konon-konon nak ajar berjalan... tapi dia lebih minat duduk & main kat depan tue... dia suka part lembu bunyi mooooo, lepas tu buka tutup pintu sebab ada bunyi bukak pintu, ganggang telefon abis di ketuk-ketuk, yang bawah tu ada bunyi-bunyi bila dipusing-pusing, yang shape tu dia bukakan... mak ngah pasang dia bukak... matahari dia tekan-tekan tak sure dia suka bunyi @ lampu @ shape... part bulat-bulat tue warna oren/kuning/merah dia pantang tengok mak ngah main... mesti nak main jugak, tak pandai pegang button & pusing lagi, ditampar-tamparnya benda tue... part piano nampaknya tak minat... kalau duduk tempat berjalan... bukan main lagi sebelah tangan... kena pegang benda nie sebab mudah terbalik... bila dia tolak ke depan ke belakang dia gelak... kaki tak pandai melangkah lagi... Boleh didapati di AEON. Harga kena g baca post GB yang satu lagi... >>> 1st Step Baby Walker 

1/2/2017 tambah lagi lapik lantai nie. Mula-mula beli RM15.00 ada 10 keping so beli 2set. Untuk tempat meniarap golek-golek. Bila adik dah start asyik nak berdiri jatuh berdentum-dentum tambah lagi 20keping. Nak cover ruang tamu bahagian yang ada sofa & meja kopi. Suka sangat dia meniti... mula-mula berdiri suka hati dia je lepaskan tangan... jatuh bedentum kepalanya... dah masuk minggu kedua dah pandai berpaut untuk duduk slow-slow supaya tak jatuh... silap gaya jatuh jugak pinggang lembik lagi tak pandai imbang... jadi mak ngah pun menyusun la menda nie... RM39.00 ada 20 keping lain brand dari yang awal, so tak dapat cantum sekali dengan yang mula-mula beli.

*** Nota Kaki:- kalau beli sekadar untuk lapik, lebih elok beli yang tak ada pecah-pecahan kecik, tak pun terus beli style tikar. Senang kerja nak vacuum & lap lantai.... Kalau untuk mainan kanak-kanak cukup beli satu set jer... mmmmmuuuahahaha.. penat mak mah nak kemas benda nie time vacuum rumah....


~~~~~~~~~~

Yang ke-10. Yang nie letak dalam kereta, tujuan senang alih perhatian dia. Dia suka  tengok biji-biji dalam tue. Hmmm... kalau tengah pening kepala boleh sakit jiwa bawak kereta... bila budak main goncang-goncang perghh... bunyi benda nie teramatlah kuat.,. Boleh didapati di Daiso RM5.30.


Yang ke-9 sama jugak beli masa umur dia 2-3 bulan. Boleh didapati di Mr.DIY. Orang susun tegak-tegakkan dia kasi tumbang dan selerak-selerakkan. Orang gabung-gabungkan dia tolong leraikan. Layankan aja lah... Harga tak sampai RM15.00.

Yang ke-8 nie awal lagi dah beli masa adik umur 2-3 bulan, kalau tak salah RM7.00 dekat TESCO. Dah umur 7-9bulan dia main pegang-pegang je, masih tak pandai masukkan dalam tiang tue. Jenuh nak ajar, dah dia pegang kuat sangat tak lepas-lepas.

Yang ke-6... lagi mainan bunyi-bunyi. Kalau tak salah TESCO tak pun AEON Big. RM25.00 kalau yang RM20.00 set warna kurang menarik dan alat tak banyak macam nie. Adik suka main drum  dua lagi tue apa la namanya... adik suka jugak... tak rugi beli...

Yang ke-5 hahaha nie ibu adik bising bebel-bebel. Dia kata nanti habis adik bising ketuk merata-rata. Tapi mainan nie la ada satu ibu letak dalam bilik. Adik suka. Bila ketuk keluar bunyi. Boleh ditiup jugak ada wisel kat hujung pemegang. Adik umur 9bulan da tiup tak reti lagi, tapi buat bubble dalam cawan bukan main lagi. Boleh didapati di Daiso RM5.30 dapat dua.

Yang ke-4, senang dia nak pegang lembut, ada bunyi-bunyi loceng, bunyi gelang-gelang berlaga, bila picit hidung ada bunyi, tapak kaki ada bunyi plastik bila pegang. Yang nie dia suka sangat gigit-gigit kat hidung tue. Eee... penuh air liur... Kalau mak long dia main, dia buat bunyi gedegak gedeguk... macam kuda.. nie kat dpulze cyber, RM 45.00.

3rd mainan nie mak ngah suka sangat sebab murah sangat tak sampai RM 15.00 boleh bergerak lagi selain bunyi & ada lampu-lampu. Bila pusingkan kepala Bee ada bunyi klik3x. Adik suka satu lagu, lagu yang time Ber ni berjalan. Boleh didapati di Mr. DIY.

2nd beli mainan yang ada mengeluarkan bunyi, habis ditampar2 guna tapak tangannya... tak pandai tekan guna jari lagi. Tak ingat beli kat mana sama ada Tesco@Aeon Big. Harga tak lebih RM25.00.

1st mainan bunyi2 masa dia umur berapa bulan entah. Ibu dia beli kan.

~~~~~~~~~~

Semua kat bawah ni tersimpan rapi dalam almari ngeee... 









Sabtu, 7 Januari 2017

Breakfast 8.00-8.30am - Sandwich


Menu breakfast Nov 2016 nie malas bawak bekal untuk breakfast.... jadi makan je la sandwich yang di beli dari Petronas dan Food Court... Meehoon Petronas dan Nasi Lemak dari Food Court....

Tapi lama-lama bosan dengan sandwich yang di beli sebab tak menepati selera dan tak menepati kekenyangan perut. Sering menerima ngomelan tak kenyang sampai jam 12.00 tengah hari la... maka bawak bekal la GB ke office.

Jom layan sandwich GB tapi tak banyak gambar sebab selalu bila dah makan baru ingat "Lupa nak amek gambar". Nanti bila ada lagi gambar GB upload kat sini lagi.









Salah satu resepi yang selalu ulang kali buat untuk breakfast adalah yang nie.










*** 17/1/2017 - bila da bosan dengan telur, tukar ke daging burger pulak tapi adik GB telur masih menjadi pujaan hatinya.



19/1/2017 bawak sandwiches ke office...    nasib baik habis... lama tak bawak makanan g office untuk dimakan ramai2.








Greek Yogurt - snack 10.00am


The best combined setakat nie.

Pisang Kaki with Greek Yogurt (GY)
Red Apple with GY
Grape is ok with GY
Cashew Nuts is ok with GY
Sweet Sstrawberry is ok with GY

Banana worse with GY
Candies worse with GY
Cashew Nuts Powder worse with GY
Sour Strawberry worse with GY












*** candies (please control ur portion)

>_< saja try nak bg meriah... rasa dgn GY huh memang kelaut...








Rabu, 28 Disember 2016

Penting Bila Diet - Nutrien


Jangan diet sebarangan. Ambil tahu dulu nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Contoh Nutrisi yang diperlukan dalam diet kalori range 2000 boleh refer dari page nie. Setiap orang adalah berbeza kiraan dia ikut tinggi umur berat dan jantina. Anggaran Nutrisi Per Day Bila tahu apa yang perlu baru boleh kira anggaran apa dalam makanan yang kita makan.

Contoh:- Greek Yogurt

1 tablespoon yogurt 13.31gram
Link refer :- measure yogurt converter

Contoh ambil Greek Yogurt sebagai snack bersama fresh fruits. 
3 table spoon.
13.31 x 3 = 39.93 gram. 

Carbo contoh yang biasa orang elak makan masa diet atau kurangkan supaya cepat proses penurunan berat badan. Part nie kena refer kandungan nutrisi kat label bekas Greek Yogurt pulak.

100g Greek Yogurt = 10.5g Carbo
1g = 0.105g

Dah makan 
3tblsp = 39.93g
39.93 x 0.105 = 4.19265 Carbo 

Dalam link 1st tadi nilai Carbo per day 300gm. Jangan suka sangat tengok eee.. banyak lagi boleh makan Carbo.

Ini baru kiraan Greek Yogurt belum buah yang dicampur masa makan. 

Belum kira BF, Lunch, Dinner & Snack dll.

>_<

Label Nutrisi Greek Yogurt



*** Selain tengok Nilai Carbo jangan lupa kandungan lemak dan garam, penting nie. Garam dan lemak paling penting sbb glemer penyakit darah tinggi & kolestrol tinggi sekarang nie. 





Selasa, 27 Disember 2016

Apple with Greek Yogurt


Bahan-Bahan:-

3 tblspn Greek Yogurt
1/4 Red Apple
2 Strawberries & Slices for topping

Cara-Cara:-
Mix Greek Yogurt dengan Apple
Letak dlm glass @ bowl
Topping dengan Strawberries 

Freeze dalam peti beku waktu petang @ malam dan esok boleh bawak pergi office untuk snack 10.00am.






Anggaran Kalori Boleh Survey dekat sini Calories King





*** Buah-buahan tue u can change with your favourite fruits.
*** Resepi & Rupa tak la glamour, bukan glamour di cari, sharing menu untuk sesiapa yang berdiet.
*** Boleh refer link nie Kebaikan Greek Yogurt. Benefits of Greek Yogurt