Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 8 Februari 2014

Cik Tam Kena Kurap


8-2-2014 Sabtu

Rasa macam dah sebulan masa berlalu dalam membanteras kurap cik tam... cik tam pulak tak tahulah sejak bila dier menderita gatal sebab kurap, dulu tak nampak. Sekarang nampak dan boleh rasa. Bulu kat peha dier makin botak, tengkuk dan ekor pulak ada biji2x kesan dari darah dan air yang kering akibat luka kesan kuku menggaru2x.

Sebelum nieh dah bawak ke klinik, doktor bagi ubat makan untuk 14 hari. GB bagi makan sampai hari ke 5 jer, GB nampak dah baik jadi GB stop bagi makan ubat... hmmm... seminggu lepas dari tue, naik teruk biji2x merata2x tengkuk, peha dan ekor cik tam.

Dah try sapu minyak hitam... susah sebab kucing in door jadi sapu 2-3x kali je, mungkin tak berkesan sebab guna minyak hitam yang belum di pakai lagi. Kalau nak guna kena minyak hitam terpakai. Yang nie terpaksa tak buat sebab nanti habis katil dan lantai rumah.

Dah try minyak goreng kunyit... yang nieh cik tam jadi macam terdemam2x... sekali jer sapu, lepas tue tak sapu lagi.

Dah try minyak goreng ikan.... memang ada kurang... tapi tak hilang2x jugak... mungkin sapuan tue tak menyeluruh kot... dah mungkin sebab tak sapu hari2x.

Lagi sekali ke klinik dekat 3 minggu lepas dan doktor kata, kalau bagi ubat kurap, kena bagi kucing makan selama 14hari tanpa berhenti. Lagi sekali doktor bagi ubat, dan kali nieh terpaksa bagi cik tam makan ubat sampai habis. GB dah bagi cik tam makan ubat selama 14 hari. Malangnya masih ada lagi cik ku dekat badan cik tam. Tengah dok fikir nak bawak ke klinik lagi ke??? Nanti doktor suruh bagi kucing makan ubat lagi tak??? tak larat nak sumbat ubat dah kat cik tam, kesian sangat. Takut jugak jadi benda lain pulak kat organ2x dalaman cik tam.

Dah habis akal... tak tahu lagi dah macam mana. Terkadang tue rasa macam putus asa. Tapi bila tengok kucing2x orang lain yang boleh baik dari kurap dan jugak ada lagi serius dari nie dan penyakit2x lain. Tak kan sesekali mama nn mengalah dan putus asa. Mama akan tetap terus cuba dan cuba untuk ubati cik tam.

Tadi dah mandikan cik tam guna syampoo yang GB  beli dari klinik, syampoo anti kurap. dan dah keringkan guna towel microfiber, sekarang GB beralih arah ke arah tuala microfiber tak lagi guna tuala cotton untuk keringkan anak2x bulus GB. Sebabnya gunakan tuala microfibre lebih kering dan bersih. Start dari cosway beli. Bukan nak promote cosway. Tuala nie ada jer jual kat carefour, giant, tesco n daiso. GB siap beli yang RM 5.oo kat daiso tue senang nak keringkan rambut GB.

Lepas tue keringkan guna hair dryer. Kurung cik tam dalam carrier. Tak de cage kecik nak guna. Tue la ingat nak bawak dari kg jer hari tue cage kecik. Tapi macam rasa malas. Nanti mak mesti tanya kenapa.?Gulppp... jadi ingat nanti nak beli cage kecik, nie untuk mempermudahkan kerja2x mengeringkan anak bulus.

Berbalik pada cerita cik ku, lepas dah keringkan bulu cik tam, GB dok gosok2x belakang tengkuk dier melawan arus bulus2x... sekali ternampak serbuk2x putih halus2x... nampaknya seperti kulit kering yang tercabut dari kulit dier... macam kelemumur kat kepala... macam tue lah... tapi kulit dier kering jer halus2x... GB gosok2x... banyak jugak lah terbang2x... hmmm... agaknya itu hasil dari kurap2x yang dah mati kot... 

Kulit2x tue ada dekat bahagian belakang tengkuk jer, mungkin hasil dari GB sapu minyak gamat 2 hari lepas kot. Dekat bawah tengkuk, kat celah kaki, kat ekor cik tam, GB tak sapu. Tue GB saje try hari tue. Sebelum ada yang nak test, GB bagi tau dulu kesan buruknya pada kucing, apa yang GB nampak cik tam muntah2x. Itu yang GB nampak... yang tak nampak a.k.a dalaman cik tam GB tak tahu.

Hari nie plan mandikan cik tam dengan syampoo anti kulat dari klinik settle, lepas tue nak sapu minyak gamat kat semua part yang cik tam gatal2x yang nieh belum lagi. Tengah malam sikit bila nak tido baru sapu kat cik tam. Biar dulu cik tam berehat. Penat dier kena mandi. Kena tunggu pulak sebelum bilas. Sebab nak bagi syampoo tue berkesan, kenalah tunggu jap bagi syampoo tue serap ke kulit cik tam, kot dapat bantu bunuh itu cik ku.

Haizzz... penat... tak tahulah... kalau semua nie tak jugak ok... nampaknya kena lah cari minyak hitam terpakai... dan kenalah cari cage untuk kurungkan dier... entahlah...


@_@

_______________


23-3-14 Ahad

18-3-14 Isnin
Bawak pergi klinik yang sama. Doktor yang berlainan, kali pertama dan kedua adalah Doktor ganti. Kali ketiga tuan punya klinik. OK. Dari pandangan dia, kata alahan makanan kerana dari sikap cik tam menjilat2x bulu. Saya minta untuk cukur bulu, tapi Doktor sarankan cuba untuk jaga pemakanan cik tam tanpa cukur bulu. Saya kurang menerima pandangan Doktor, sebab ini kali ketiga saya datang untuk cukur bulu. So... faham2x sajalah.

19-3-14 Selasa
Ambil cik tam, sebab bila cukur bulu, kena tinggalkan kucing 1 hari di klinik. Selepas di cukur Doktor tunjuk kat badan cik tam sana sini ada ringworm... saya dah syak dari dulu ada yang tak kena a.k.a sejak cik tam terima rawatan pemandulan, sebab bulu celah kaki cik tam menipis tapi masa tue tak der lagi aktiviti menggaru2x di tengkuk cik tam. Masa nie Doktor kata biasa... perubahan hormon katanya... ?_?

Past is past... saya bukan Doktor, saya cuma seorang pencinta kucing yang biasa, tak guna berbalah... saya mencuba apa yang terdaya untuk kucing saya...

Next...

Doktor bagi ubat untuk alahan & kurap & vitamin bulu. Muka saya??? maybe ada yang perasan air muka saya ketika tue yang berubah... dalam hati... what??? cucuk lagi??? ubat lagi???

Kata Doktor, sepatutnya 2 minggu selepas habis ubat, ada perubahan iaitu pulih dari ringworm. Doktor kata, mungkin bulan Feb, cik tam dah baik tapi berulang balik ring worm.

OK di sini saya yang hari2x dok tengok cik tam, setiap hari saya akan tengok bahagian ekor, tengkuk & perut cik tam. Sehari pun tak pernah baik dari luka. Lagi sekali saya cakap dalam hati tak guna saya berbalah.

Doktor punya cadangan, kurungkan cik tam asingkan dari 2 ekor kucing yang ada dalam rumah. OK. sebab dia kata untuk elakkan jangkitan. Im wondering... kalau tak salah, 18-3-14 katanya bila dah makan ubat dalam tempoh tue, kurap tak boleh berjangkit. (45 hari) (ermmm... kurap manusia berjangkit jer???) macam mana pulak kurap kucing tak berjangkit. jeng3x kali nie katanya utk elakkan jangkitan. saya??? stop thinking what ever.

Doktor kata awak sapu minyak gamat yea??? dengan selamba saya berkata ya saya sapu, then dia kata "kantoi". (kalo tak mo kantoi mestilah mandikan sebelum ke klinik, dalam hati saya tak terdetik saya nak sorok dari pengetahuan Doktor) Dengan selamba saya bertanya sebab kenapa tak boleh??? ok, jawapan simple - (kulit kucing & manusia tak sama. memang minyak gamat tue healing kan luka. tapi lagi memudaratkan kulit kucing. kucing tak selesa) ok ini apa yang Doktor kata.

Pada saya, kita tak boleh nak menolak kuasa Tuhan satu tika dulu tompok luka di bahagian kaki, akibat langgar di motor (orang kampung bg tahu) luka mereduk2x dalam dan mananah-neneh. Isi nampak dan boleh nampak tulang. Dengan minyak gamat dan minyak hitam disertakan berkat kesabaran saya sapu minyak hitam kat luka tompok selama 2 minggu dia bertarung melawan kesakitan. Isi busuk luruh dan luka makin mengering dan start sapu minyak gamat. Luka sembuh dan tompok boleh berlari macam biasa.

Cik tam, dulu... cik tam yang dulu jantan, ada kurap, guna minyak hitam terpakai, sembuh kurapnya. Kenapa saya tak guna minyak hitam terpakai untuk cik tam yang nieh??? sebab dulu cik tam yang jantan, saya jaga out door, senang jer... sapu2x... lepaskan jer dia kat luar... apa jadi kat dia mana saya tahu... tahu2x kurap baik... tak sampai 1 minggu dah jang jang jala boleh masuk rumah... ada kurap abah n mak tak bagi dia masuk rumah...

Belum yang kucing lain yang dulu2x pernah bela, belum kucing kawan2x yang pernah try. Haa... kadang2x bergantung pada... kuasa yang Maha ESA...

Cik tam yang nieh... saya jaga indoor... setiap yang berlaku di depan mata.... contoh seperti di atas, saya cuba tip petua dari orang2 lama... bila sapu minyak masak yang di goreng dengan kunyit sahaja, cik tam sampai terdemam2x dah muntah amat teruk... bila sapu miyak goreng ikan... ciktam muntah jugak tapi kurang sikit... terseksa dier muntah2x... Paling teruk muntah bila di sapu air gamat... saya try jugak apa yang orang kata, bukan sebarang try, saya try bila saya dah jumpa siapa yang pernah try dan dah pun sembuh kucing diaorang. Belum ada rezeki cik tam pulih dari ringworm.

Dan inilah kenapa saya tak sapu minyak hitam terpakai kat cik tam. Tapi dalam kepala dok berlegar2x benda nieh... bila nak sapu minyak hitam terpakai pada cik tam nieh???

Pada saya...
Orang kata kuasa Tuhan... kalau baik & pulih katanya... sihatlah kucing...
Tapi kalau Tuhan tak bagi baik & tak pulih, apa cara pun tak sihatlah kucing....

Next...

Dengan berat hati saya bawak balik cik tam dalam kepala memikirkan kesian cik tam kena makan ubat lagi. Kita yang manusia nieh pun kena ada rawatan luar dan dalam bila dapat kurap, ubat makan dan ubat sapu. Saya fikir lagi kenapa tidak ada ubat sapu diberikan pada cik tam??? Kenapa hanya ubat makan sahaja???

Dalam hati dah mula terdetik, kalau rawatan yang nie tak baik dan pulih, saya perlu dapatkan rawatan untuk cik tam di klinik yang lain. (ini juga merupakan nasihat dari kawan yang memang dah lama jaga kucing in door)

22-3-14 Sabtu, mandikan cik tam dengan shampoo kurap, belian di buat di klinik yang sama tapi semasa cik tam terima rawatan kedua. Semalam hari ke 4 cik tam makan ubat, maknanya ada lagi 10 hari untuk sesi makan ubat setiap malam.

Makanan dah kena sekat segala makanan yang berasaskan ayam dan seafood (udang/ketam dsb) dan dah stop bagi makan biskut smart heart & purina. Just bagi ikan tuna beli dari kedai & biskut dari klinik khas untuk kulit sensitif.

Ikutkan sahaja step yang dicadangkan Doktor nieh dulu. Tengok last try nieh macam mana.  Lepas tue follow up balik kat doktor selepas cukup 14 hari.

Huhhh... panjang nya ngomel.. sebab ada rasa ketidak puas hatian di sini... grrr...








2 ulasan:

  1. tuala microfiber? hmmm. Nnti nak cari.
    btw..kalau kucing doc xde ubat yg cucuk ke? Sy belum pernah(harap2 xkena la) ada kes kucing kurap..tapi kalau arnab sy biasa kena..ubat dia cucuk je..

    BalasPadam
  2. dah cucuk & makan ubat... tapi tak baik2x... hmmm... masih blur.. nak bawak semula ke klinik atau macam mana lagi... tak sure lagi....

    BalasPadam