Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 10 Disember 2016

Demam Campak Halus


Lama gambar yang satu nie tersimpan dalam draft.....

Pernah alami demam campak halus masa dewasa??? Tahu macam mana rasa dia tak??? Meh nak cerita sikit ... rasa dia rasa tak pasti, tak pasti sakit apa nie???

Bila malam terasa sejuk nak demam, tapi badan terasa pedih panas kulit... rasa yang membuat kita rasa terbakar dan asyik rasa nak mandi. Kalau tak mandi terpaksa spray air kat kaki dan lengan... kalau tak spray air kena berselimutkan tuala basah.Yang nie rasa badan kat kuat dekat betis dan tangan...

Tambah pulak bila malam jer terasa pening kepala... kalau demam biasa pening biasa je rasa tapi bila demam campak halus pening dia lain macam rasa berpusing rasa. 

Badan pulak bila malam bila dah rasa seram sejuk memang rasa sendi semua sakit2x tak lalu je rasa badan rasa nak mengeram jer atas katil ke atas sofa ke atas lantai. Tiada perasaan nak buat apa2x kerja pun selain dari nak baring dan mengeram.

Bila siang rasa semua tu hilang tapi badan rasa lemau muka sembab gelap gulita. Tangan kaki muka kepala badan semua naik bintik2x halus macam ruam. Bila buat kerja yang cepat dan laju kepala cepat jadi pening dan pusing2x. 

Bila pergi klinik swasta Doktor sukat suhu katanya  tak demam nadi je tinggi.

15/4/2016 MC HBP naik klinik swasta...
20/4/2016 MC HBP  naik klinik swasta...

05/05/2016 MC HBP naik klinik swasta

06/05/2016 EL kepala dan badan sakit2x tapi tak g klinik
07/05/2016 EL kepala dan badan sakit2x tapi tak g klinik


09/5/2016 - 14/5/2016 MC
Hospital Serdang 12 jam jugak la duduk situ dari malam ke pagi... aka setengah hari masuk air. selebihnya terlantar kat rumah, tak dapat detect demam dengue ke apa. Yang dapat detect kurang air dalam badan. HBP tak turun2x walau dalam pantauan makan panadol untuk turunkan HBP. Last2x Doktor suruh balik bila air dalam badan dah ok. Tapi suhu badan turun takat 37.9 je. Nanti follow up dekat klinik kesihatan yang berdekatan untuk test dengue lagi.

11/5/2016 ke klinik kesihatan test dengue.. tetap tak de apa2x... masa pergi test nie bahagian kulit tengkuk belakang telinga mengelupas kulit... kulit kering mati tertanggal2x. Doktor pun confuse. Hmmm... masih sama katanya demam virus... 

Tapi masa nie dah dapat tahu dah demam campak halus. Makcik2x yang bagi tahu lepas diaorang tengok bintik2x tue katanya nie demam campak nie.

Segala pantang larang kena ikut.
1. Tak boleh kena hujan
2. Tak boleh ada orang menggoreng/menumis dalam rumah.
3. Tak boleh makan tumbuhan yang menjalar - labu, tembikai nanti bila ingat GB update 
4. Tak boleh makan ayam & seafood katanya takut menggatal kulit.


Segala dalam gambar tue haaa... 
Ubat dari klinik kesihatan
Renew tu kawan office bagi
Skin MD klinik swasta (best yang  nie)
Botol hitam klinik swasta
Pinetarsol beli kat Caring
Calamine losyen beli dekat

Siap buat test darah apa entah kat klinik swasta. Amount RM 300 lebih jugak lah. Punya la risau. Nasib baik tak de apa2x.

Alhamdullillah dua minggu lepas tue semua baik. Kulit muka 3 kali mengelupas. Badan bintik2x lama2x hilang dan surut. Parut ada la jugak halus bintik2x. Paling teruk muka sebab bintik bukan sikit... menyeluruh!!!!! muka jadi gelap... huhuhu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan