Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 25 Disember 2016

Sup Ayam / Chicken Soup for Baby


Jom buat stok chicken soup untuk baby 8 bulan ke atas... senang je tulang-tulang lebih dari penggunaan ayam yang buat makanan baby jangan dibazirkan. Simpan sikit-sikit dah banyak sikit masuk periuk buat sup ayam, masa makan porridge aka nasi lembik boleh suap sup sekali.

Dah nama nak bagi baby makan so tak perlu menggoreng aka menumis awas-awas. Semua awas-awas just rebus je, yang berdiet pun boleh tumpang sekaki makan sekali.

Bahan-bahan:-
Halia sebesar ibu jari 2 hiris nipis
Serai 2 dititik
Bawang merah yg kecik
  @ shallot 2 biji di belah 4
Bawang Putih 3 ulas just ketuk pecah je
Tulang-tulang ayam & Isi
Sup bunjut
Lada Hitam
Garam
Gula
Air asam jawa
Air 1 jug

GB tak masukkan yang bawah ni X ada stok
Kentang
Carrot
Kacang tumbuk
Lengkuas
Daun sup

Cara-cara:-
Masukkan 1 jug air 1.5 litre air
Masukkan semua awas-awas biar mendidih dulu, bila naik bau baru masukkan tulang dan isi ayam. Kalau masak campur kentang dan carrot, masukkan bersama-sama dengan awas-awas supaya kentang lembut dan keluarkan rasa lemak-lemak kat sup nanti.


Dah siap tapiskan sup dan boleh bekukan dalam ice cube tray. Senang bila nak makan nanti. Macam gambar dibawah ni.


Bila dah sejuk beku pindahkan dalam bag plastik berzip.



Bila nak guna ambil beberapa cube yang diperlukan dan panaskan. GB just masukan dalam mangkuk kaca dan rendam mangkuk kaca tu dalam bekas lain yang di isi air panas. Macam gambar di bawah ni. Kacau-kacau tak sampai seminit dah cair dah 1 cube chicken soup. 




Hari nie baby makan laju sebab hari nie dia dapat makan porridge dengan telur rebus dan sup ayam. Kenyang lama sikit sebab ada telur rebus.

Nak buat chicken porridge for baby???
Resepi???

Terus letak link susah sikit update guna HP.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan