Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 20 Disember 2016

Re-stok Bawang Putih


Hari Ahad sememangnya hari yang memenatkan. Hari tu la nak mengemas, membasuh dan sebagainya.

Stok bawang putih bakar dah habis, so kali nie buat stok lebih sikit. 1 botol isi yang bawang putih bakar dan 1 lagi just blend bawang putih bersama minyak masak simpan dalam bag plastic zip.

Pada yang nak buat stok macam nie, kuantiti minyak yang diperlukan tue tak perlu banyak sikit je asal boleh putarkan blender. Bila masuk peti ais memang lambat beku, keluar dari peti ais cepat je dier cair. Kondisi macam ice cream.

Hasil dari bekukan dalam ice cube boleh tengok gambar di bawah. Bila dah keras keluarkan dari acuan dan potong mengikut kuantiti saiz yang kia selalu guna masa memasak.





Senang kerja memasak.

Selamat mencuba !!!



*** Info:- tak perlu masukkan air.
*** Roasted Garlic @ Bawang Putih Bakar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan