Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 16 Mac 2012

Resepi Black Pepper Roast Chicken

Ni masak hari 4hb/3 hari tue... tak habis simpan dalam peti ais... 5hb panaskan balik je...

BAHAN2
A Ayam kecil ( dipotong setengah)
B. Bawang besar ( 3 biji)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (1 ibu jari)
Serbuk kasar lada hitam (2 sudu)
Sos Tiram (3 sudu makan)
Kicap Manis ( 3 sudu makan)
Madu ( 2 sudu makan)
Knorr chicken stock ( 1 cube)
Gula ( 2 sudu makan)
Herba Oregano ( 2 sudu)
Herba Basil kering (2 sudu)
Garam ( 1 sudu kecil)
Mentega ( 1 sudu)
Air sikit sahaja

CARA2 MEMBUAT :
1. Blend semua bahan2 di atas.
2. Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam atau semalaman.
3. Sapukan mentega di serata ayam sebelum di bakar.
4. Bakar ayam selama sejam atau sehingga ayam masak… Bakar pada suhu 180 degree..cukup2 sejam elok2 masak
5. Setelah ½ jam membakar, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Black Pepper:
Blend Bawang Merah, Bawang Putih, Halia & Black Paper, masak atas api sederhana, bancuh 2 sudu teh tepung jagung dengan 1/2 cawan air dan campurkan sekali.Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan