Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Khamis, 29 Mac 2012

Resepi Kari Asam Laksa

20hb hari tu teringin nak makan curry asam laksa... jadinya... masak lah... egegege...


curry asam laksa...

Resepi

Bahan A
2 biji bawang merah (blend)
2 ruas halia (blend)
3 sudu cili kering yang sudah di blend
2 sudu serbuk kari (bancuh + gula & garam)
3 genggam daun kesum yang telah dibuang tangkai
2 kuntum bungan kantan
secukup rasa garam dan gula

Bahan B
3 fish kek
1 1/2 cawan air

Bahan C
5 ekor ikan sardin atau apa2x yg lagi sedap...
3 1/2 cawan air

Bahan D
Santan

Bahan E
Laksa
Salad
Timun
Bawang
Cili merah @ hijau

Cara2x
Tumis bahan A sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan bahan B masak sehingga mendidih.

Bahan C rebus ikan bersama air. Kemudian sejukkan air rebusan air tapis masuk dlm blender. Ikan pisahkan isi dan tulang. Mula2 blend isi ikan dan asingkan. Tulang juga boleh di blend kemudian tapis ambil air sahaja.

Satukan bahan C ke dalam periuk dan kacau biar mendidih. Akhir sekali masukkan santan, kacau sampai masak tapi jgn pecah lemak...

Siap... celur laksa basah dan sedia di hidang dgn bahan E yang telah di potong...

p/s hidangan utk 3-5 orang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan