Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Khamis, 15 Mac 2012

Resepi Kek Karamel

13/3/2012 ~ Selasa 

Test test test resepi... amek dari kak azlita yang glamour ngan kek2xnya...
Nyummy2x... tapi rasa mcm tak jadi... sebab extra basah keknya...
GB salah teknik baked mmmiahahaha...

Taaadaaa... nie gambar 1st trial buat kek karamel nie... nanti nak test lagi sekali hari sabtu nanti... insyaallah...

Nie masa selepas meringue proses selesai... siap terbalikkan bekas... nak tengok jatuh ke tak...


Ni masa dah penuhkan acuan... terlebey sudah patut kena bagi balance kosong dalm 3/4inci tuk dia naik ke atas... haaa... masa bakar dia dah jadi mcm kepala cendawan sikit... =)


Ni masa dah diterbalikkan dari acuan...



Bahan-Bahan
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc
jangan yang kecik, nanti melimpah ruah macam NN punya kek.

Tabur gula dalam loyang dan masak dengan api perlahan, bila gula cair dan bertukar jadi perang, matikan api, dan ketepikan.

Bahan Karamel
1/2 susu tin cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

* untuk kurangkan manis, boleh kurangkan gula castor sebanyak 10g

Kacau susu dan gula hingga larut, di satu bekas yang lain kacau telur dan esen secara perlahan.
Satukan bahan kemudian tapis masuk ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.

* kak Azlita cakap kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal, boleh gandakan adunan karamel.

Jangan bakar @ kukus adunan lagi, tunggu campurkan dulu adunan seterusnya.

Adunan Kek A
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak
70g gula castor

Masukkan minyak, telur dan air, pukul adunan sehingga gebu dan warnanya bertukar sedikit putih.
Kemudian masukkan gula castor, dan pukul lagi sampai adunan bertambah lagi kembang.

Adunan Kek B
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Campurkan adunan kek B ke dalam adunan kek A secara perlahan-lahan, menggunakan kaedah kaup balik hanya menggunakan senduk @ spatula. Ini untuk mengelakkan struktur kek tak cantik. Buih2x tak hilang lah kiranya.

Meringue
* gambar meringue ada di atas tadi, sila rujuk kat atas.
6 biji telur putih (nie dari telur kuning tadi tue)
70gm gula castor
1 sudu krim of tar tar

Nak buat nie part yang paling penting, kalau tak jadi part nieh, kek tak berapa nak menjadi. Sila pastikan alat mixer berada dalam keadaan kering sebelum melakukan proses meringue.

Mula-mula pukul telur sehingga menjadi buih-buih halus dan strukturnya ringan sekali.

Masukkan gula dan krim of tar tar, pukul lagi dengan speed yang tinggi hingga adunan menjadi kental. Terbalikkan bekas tue pun adunan tak jatuh. Orang kata pukul sampai bertanduk.

Siap meringue, 1/3 dari adunan merigue campurkan dalam adunan kek, gaul kaup alik secara perlahan. Bila dah sama rata, masukkan lebihan adunan merigue dan kacau lagi perlahan-lahan.

Kemudian sediakan 3 bahagian yang berlainan color sama banyak. Kalau nak guna 5 color, bahagikan kepada 5 bahagian.

Setelah diwarnakan dengan pewarna, tuangkan adunan secara berselang seli ke atas lapisan karamel yang sudah berada dalam loyang tadi.

Buat secara sedikit demi sedikit, sampai adunan habis. kemudian lorekkan dengn lidi untuk menghasilkan corak.

Panaskan suhu oven 150-170 gunakan api bawah. Bakar dengan menggunakan kaedah steam bath.

Sila rujuk blog Kak Azlita


Belum habis update lagi... 16/2/2013... 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan