Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 2 Jun 2013

Kecik Sakit........

Hmmm... tak tahu nak mula dari mana...

Kenapalah kecik boleh jadi macam tue... entah mana silapnya... entah apa puncanya...

Kecik mengalami sakit saraf... kemungkinan tulang belakang atau tulang pinggang dia terhentak atau sebagainya... NN hanya sadar pada jam 2 pagi setelah dikejutkan adik dari tidur...

Kak!!! bangunlah tengok kecik jalan ngesot!!!

Masa nie tuhan sahaja yang tahu perasan di ketika tue... tak tahu nak cakap macam mana, walaupun kecik hanya seekor kucing peliharaan NN tapi dia bagaikan permata hati NN.

Entah sejak jam berapa dia merana macam tue pun NN tak pasti... patutlah waktu NN balik dari kerja, dia hanya duduk bawah katil dan tak keluar2x masa NN panggil. Rupanya dia tak larat jalan.

Keesokkan harinya NN bawak ke klinik veterinar. Doktor buat test sikit2x kat badan kecik... kesian sangat... terketar2x kecik menahan sakit... tuhan sahaja yang tahu kesakitan yang dia alami...

Hari nie dah 2/6/2013.. kecik sakit sejak 24/5/2013... semalam ada menunjukkan perubahan yang positif... dia dah boleh jalan, walau terketar2x kaki kanannya.

25hb dia lemah dan longlai. NN asingkan dia dari perang dan cik tam, sebab takut diaorang main2x terlanggar kecik. Selera masih ada. Kencing dan berak ada. 

26hb selera makan kurang, berak tak... tapi ada kencing.

27hb selera makan lagi berkurang... berak tak... tapi ada kencing.

28hb selera makan kurang... berak dan kencing ada.

29hb selera makan kurang sangat2x... kencing sikit je.

30hb selera makan kurang.... kencing sikit jugak.

31hb selera makan kurang... kencing sikit jugak.

1hb selera makan dah ok... ada berak dan kencing.
dan dah mula menunjukkan dia sihat sikit, bila dia da start jalan2x walaupun slow dan menggeletar.

kalau tak sebelum2x nie asyik duduk ngeram dalam kurungan dan ngesot bila nak bergerak.

NN kurungkan dia untuk dia rehatkan badan supaya tak banyak ngesot sana sini. bilik air dia pun NN sediakan dalam kurungan. sekali jer dia guna, maybe tak biasa. Setiap hari NN akan angkat dia pergi bilik air dia yang guna box plastic tue dan NN tunggu dia kencing dan berak. Lepas tue NN angkat dia balik masuk dalam kurungan.

Makan dan minum, setiap pagi NN akan suapkan kecik dulu supaya dia makan. Tapi kadang2x memang dia tak makan sampai dia ngeow kuat marahkan NN... kecik cakap kecik tak nak makan la grandma NN... mungkin itu yang dia jeritkan... atau dia jerit.. kecik sakitlah grandma NN...

Bila tengah hari NN mesti telefon kakak NN... tanyakan dah bagi kecik makan?

Petang atau malam NN balik kerja NN mesti jenguk kecik dulu... bagi dia makan dan minum... dan tak lupa jugak bawak dia pergi toilet dia lagi...

Ubat doktor NN masih teruskan, supaya dapat membantu kurangkan rasa kesakitan kecik.

Semoga NN kuat dan tabah untuk jaga kecik sampai dia sembuh. Walaupun dah berbaldi2x air mata NN mengenangkan kesakitan yang dia tanggung.

Semalam dan hari nie kecik dah start mula bersuara semula. Masa sakit dia kurang bersuara. Kecik dah start jerit2x bila dier kena kurung... wahaha... time betul2x dier sakit, dier senyap je biler kena kurung. Start semalam dia dah start membebel2x nak keluar dari kurungan.... >_<

Alhamdullillah ada jugak perubahan, semoga segalanya berjalan dengan baik dan semoga kecik dapat sihat dan berlari seperti sediakala.

Doakan kecik NN supaya cepat sembuh.

Gambar semasa kecik sihat.

Kecik dengan ibu dier Cik Tam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan