Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 16 Mei 2012

~ Resepi Apam Polka Dot Yang Glamor Betukar Rupa~

ha... tahun nie tak habis2x cerita org pasal apam dot dot... jadi adik GB pun berkata2x... "akak orang nak belajar buat cupcake la..." lalu GB pun membuka buku... tu yg pilih kek coklat moist tu... 2 dalam 1... kek besar & cupcake... lepas tu... GB ajar adik GB buat apam... ha... dia tgk kat apam kat goggle... cantik strawberry... jadi dia pun buat la... nie lah hasilnya...




cumel kan... adik GB yg mewarna menda nie...




ha... yg ni GB yg buatkan.. ni nak cepat siap punya pasal... nampak mcm buah limau kena kupas kulit tak? egegege... hentam saja lah labu...


Bahan-bahan
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus @ gula castor
150 ml susu segar atau susu cair
3 tsp baking powder - di ayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 tsp kecil ovelette 
1 tsp esen vanilla
Filling blueberry @ mengikut citarasa masing2x
Pewarna merah muda, hijau, oren (mengikut corak masing2x)

Langkah-langkah
1. Pukul telur putih sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dalam piping bag.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukkan ke dalam plastik kemudian picit @ sudukan menggunakan sudu kecik.
9.Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian corakkan ikut corak yg kita nak @ dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak dengan menggunakan api perlahan.

tip:-
* semasa kukus letakkan kain dibahagian dalam penutup kukus, untuk elakkan air kukusan jatuh ke dalam apam.
* biarkan sekejap adunan sebelum masuk ke dalam acuan, nie nak elak buih2x dekat apam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan