Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 16 Mei 2012

~ Spaghetti Masak Sambal~

Percayalah... masak sambal... mmmiahahaha resepi telah di tokok tambah...
masak mcm masak bolognese punya sos... tp ni ada daging & cili kering... nak bagi pedas... lepas tu tambah sayur... mantap...

nie sama gak... adik GB request nak blaja masak... last 2 week tu la cakap... diet GB betaburan lari... bz sana sini... bz buat itu ini... letih dan kepenatan melayan dia cuti sem.... melaypark kat sini 2 minggu... alhamdullilah ajar dah semua... dah balik kg dah dia... cuma 1 je lagi belum sempat... kek karamel tak dan nak ajar...

cun tak? sedap? mmg sedap! air pulak air soda bikarbonat + sirap... adesss... hancus diet ku... tepi2x tu tambah pulak bola2x daging... buat sendiri guna daging cincang ramlee je...


Bahan-bahan 1
Daging Kisar 500gram
Bawang  Merah 1biji - tumbuk hingga halus
Bawang Putih 1 biji - tumbuk hingga halus
Halia 1 ibu jari - tumbuk hingga halus
Cili Kering 6-8biji
Tomato Pure 1/4 tin
Tomato Cincang 2 biji
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Sedikit tepung jagung
* Panaskan minyak masak, goreng bawang merah, bawang putih & halia sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering yang siap ditumbuk, goreng sehingga naik bau dan garing dan tambah daging goreng sehingga daging separuh masak. Masukkan gula dan garam beserta air asam jawa. Setelah agak mendidih masukkan tomato puri & tomato yang telah dicincang. Akhir sekali sedikit air untuk mencairkan bacuhan kuah. Jika mahu kuah kelihatan likat tambahkan  sedikit tepung jagung.

Bahan-bahan 2
Bawang Merah 1/2biji
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Broccoli 50g
Bunga Kobis 50g
Tomato 1 biji
Sedikit air
* Tumis bawang, ikan bilis sampai garing kemudian masukkan sayur2x dan tambah sedikit air dan garam. Masak sehingga sayur lembut.

Bahan-bahan 3
Daging cincang 400gram
Lada hitam 1/2 sudu teh - tumbuk halus
Tepung 1 sudu makan
Secubit garam
* Gaulkan semua bahan, dan bulat-bulatkan, goreng dengan minyak.
Bahan-bahan 4
Spaghetti 1/3 pack
Garam secubit
Minyak masak @ olive oil 3-5sudu makan
Air secukupnya untuk memasak spaghetti.
* Didihkan air dan letakkan garam, bila air cukup mendidih masukkan spaghetti, setelah spaghetti masak toskan air dari spaghetti dan masukkan spaghetti ke dalam mangkuk seterusnya letakkan minyak dan gaul sehingga rata. (untuk elakkan spaghetti melekat/ untuk beri kilatan pada spaghetti/ untuk menambah rasa spaghetti)

Hidangkan ikut citarasa sendiri. Taburkan oregano.
Saiz hidangan 2-3 orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan