Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ahad, 20 Mei 2012

Lunch Ayam Goreng & Dinner Telur Gulung ~ Menu 20-5-2012 ~

LUNCH - Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan Ayam Goreng
Ayam 150-200g
Bawang Putih 1 Biji - tumbuk hingga lumat
Lada Hitam 1//3 sudu teh - tumbuk hingga lumat
Serbuk Kunyit & Serbuk Kari
* Gaul semua bahan dan perap sekejap sebelum digoreng.

Bahan-bahan untuk sayur
Broccoli 1/4 cawan
Carrot 1/4 cawan
Bunga kobis 1/4 cawan
Bayam hijau 1/4 cawan
Siew bak choy 1/4 cawan
Bawang merah 1/2biji
Sedikit ikan bilis tumbuk
* Tumis bawang dan ikan bilis hingga garing, kemudian masukkan sayur dan air masak sehingga empuk.

Hidangkan dengan kacang panggang dari tin atau kacang peas.


DINNER - Telur Gulung Berintikan Sayur

Bahan Untuk Telur Gulung
Telur 2 biji
Mayonnaise 1 sudu teh
Sedikit Serbuk Lada Hitam
* Campurkan bahan2x di atas dan kacau dengan garfu sehingga sebati. Leperkan di kuali leper / pan untuk mendapatkan sekeping lempeng. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.

Bahan Untuk Inti
Sawi Bunga 1/3 cawan
Siew Bak Choy 1/3 cawan
Tomato 1/3
Bawang Merah 1/2 biji dicincang
Sedikit air
Sedikit Garam & Ikan Bilis
* Tumis bawang merah sehingga garing kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk sehingga garing. Masukkan sayur2x dan sedikit air beserta garam, masak sehingga empuk.

Letakkan inti ke dalam telur yang telah dilempengkan, gulung kemas, potong dan susun ikut kreativiti masing2x.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan