Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 28 Oktober 2013

Kucing Keguguran - (Kechik Keguguran)



Update 28/10/2013

Semalam bawak Kechik ke Vet, Doktor sah kan kechik peknent dan kandungan Kechik kena jangkitan. Doktor tue nasihatkan buang kandungan Kechik. Kemungkinan besar kandungan Kechik gugur.

Hmmm... memang pada mula dah rancang nak kasi kechik sebelum dia peknent, tapi berat belum capai 2kg Doktor tak benarkan operate. Hmmm... tak di rancang, Kechik peknent. Pada GB kalau dah gitu, GB terima jer, GB slalu cakap kat Kechik, nanti anak Chik Grandma anta kat kampung bagi kengkawan dengan Cik Neng. Tak sangka pulak jadi lain. Tak ada rezeki Kechik peknent macam ibu dier.

GB amek keputusan untuk keluarkan baby Kechik. Jadi Doktor cucuk Hormon bagi mempercepatkan proses kelahiran, Doktor kata ubat akan menunjukkan kesan dalam masa masa 1-2 jam. Mula2x Doktor suruh tinggalkan Kechik kat klinik untuk diperhatikan, setelah perbincangan yang genting, GB amek keputusan bawak Kechik balik dulu dan esok GB akan bawak Kechik ke klinik semula. (takut... malam ke pagi tak ada orang kat klinik untuk tengok2xkan Kechik)

Dekat rumah anus Kechik asyik keluarkan darah & air jer sampai la Kechik tertido2x keletihan & kesakitan akibat ubat yang Doktor suntik. 2 suntikan, 1 antibiotik & 1 hormon. Kesian Kechik mesti sangat2x sakit perut dier semalam, sebab dier lebih banyak mengeram. Nasib selera makan dier sangat baik, 4 kali ulang makan malam tadi.

Pagi tadi, GB tak nampak jugak apa2x objek yang keluar dari Kechik, mungkin GB ada terlepas pandang @ kemungkinan Kechik dah keluarkan masa GB tidur pagi tadi. Doktor kata, kalau tak ada apa2x keluar, bawak Kechik ke klinik, kalau dah keluar pun, bawak Kechik ke klinik untuk check up. Jadi jam 11.00 tengah hari gerak keluar ke klinik, sebab Doktor cakap operasi klinik start jam 12.00, kesian sangat kat Kechik sebab kepanasan dalam kereta (panas kalau bawak kucing dalam kereta bila waktu tengah hari, tue sebab kalau GB balik kampung, suker bawak kucing gerak pagi2x atau petang2x).

Doktor buat pemeriksaan dan Doktor sah kan tak ada apa2x dalam kandungan Kechik, mungkin Kechik dah keluarkan & makan, Doktor kata ada gumpalan kecik dalam perut dier, tapi tak pasti apa, Doktor kata, kalau nak tengok boleh scan (RM 50.00). GB amek keputusan tak scan, sebab memang dari awal nak kasi Kechik, jadi GB inform Doktor nak kasi Kechik. Doktor kata ok.

Kalau aku kaya... dah lama bela boleh bela kucing banyak2x tak payah kembiri2x... biar hidup bebas... tapi mana mampu untuk menjaga kucing yang banyak, sebab kucing boleh melahirkan anak setahun tue 5-6 kali. Jadi kalau 1 kali paling kurang pun 3 ekor, kalau 3 kali 6.... dah 18 ekor setahun... kalau ada banyak betina... waduhhh... pening kapla...

Itulah punca, kenapa ramai orang selalu amek tindakan buang kucing betina di merata2x tempat. Kesian diaorang, bila diaorang kecik comel di manja dan di sayang... tapi bila dah besar dier peknent dan bawak ramai anak... orang buang ibu & anak2xnya sebab tak tahan jaga. Hmmm... GB nasihatkan.. kalau tak betul2x mampu untuk tahan dengan karenah kucing, jangan sesekali cuba untuk bela kucing betina secara in door.

Ini lah dulu ada sorang abang tue cakap, ko biar betul dik??? nak ambik kucing yang betina untuk jaga??? Betul... NN confirm nak Cik Tam!!!

Yup... sangat2x susah untuk bela kucing betina in door. Kalau banyak, lagi pening kapla...

Syukur dapat bertahan, sebab... kucing nieh menghilangkan rasa stress. Walau macam mana kita letih dan stress tapi dengan diaorang kita dapat hadapi semua benda tue. Walaupun diaorang buat sepah, kadang2x tue muntah rata2x... haaa.. yang nieh saper bela in door tahulah kan... aper ragam2x si anak bulus nieh... kadang2x tue boleh tahan sakit jiwa... tapi itu tak menjejaskan kasih sayang kiter kat diaorang...

Diaorang lah penghibur hati nan lara... Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan itu...

Mesti sekarang Kechik tengah ngeow2x mintak makan, sebab dier kuat makan... dier tak makan biskut... dier makan semua wet food jer... tapi hari nieh dier kena puasa, sebab esok dier nak kena operate... sekali lagi mengalir air mata... terasa diri ini tak berhati & berperasaan sebab buat macam nieh kat dier... Kalau tak operate, akan memudaratkan GB & dier... sekali lagi rasa perasaan sedih tue tak terkata...

Ini Janji GB pada diri sendiri, ini yang pertama & ini yang terakhir untuk pelihara kucing in door. Tak akan ada lagi kucing in door selepas Cik Tam, Peyang & Kechik.

Untuk si peyang, hati ni nak je lepaskan kat kampung supaya dier hidup bebas sana sini macam si Jahat & si Bab... tapi dek kerana akak sayangkan peyang, tak sampai hati nak hantar Peyang balik kampung... Abah pulak memang berkenankan si Peyang sebab katanya pangkal ekor Peyang besar... jarang kucing ada macam nieh... (dalam hati berkata2x elllehhh tue mesti sebab Peyang nie besor... ekekeke...) Peyang Grandma yang enshem...

Mood melayang2x kepala ingat kat Kechik... tak pernah tinggalkan dier... kalau balik kampung... habis semua kena angkut balik kampung...

Saat paling genting adalah esok malam... a.k.a selepas Kechik di operate esok... lagi lah risaunya hati... risau macam manalah dier dalam cage tue nanti... kalau kat rumah pasti akan ada standby tempat yang selesa untuk dier... makan, minum, jamban semua akan terjaga...

Sekali lagi semua benda nie bermain dalam kotak fikiran... dulu Cik Tam... haizzz...

Haiiizzz... biler dah terlebih penyayang... makan diri...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan