Setelah 1 tahun tak jaga pemakanan... tak jaga aktiviti... melayan jiwa... akhirnya...
"GB IS GAINING WEIGHT"
16/10/2012 ~ 72.5kg
19/10/2013 ~ 82.8kg
berat sebelum start balik jaga makan... dah 86.4kg... pagi semalam timbang 81.9kg...
dah start balik perangai hari2x naik penimbang badan... ^_^
Lain2x menu yang masih di ambil dalam Bulan Oct 2013... goreng pisang nangka (feveret tak boleh kata apa dah), biskut (back up untuk malam2x @ petang), coklat @ icecream (time bulan mengambang pasti 2 bar dark choc habis), mcd @ kfc (haaa.. nie lagi 1 yg tak dpt nak elak... bila hari yang melibatkan ambek @ hantar adik GB)... dan dan dan... nasi kerabu...
Antara kenapa suka makan yang masak sendiri bila diet... sebab dapat makan sayur yang GB suka... haizzz... kalau kat kedai selalunya tak banyak pilihan... lepas tue mahal... huahuahua...
ayam + sawi bunga + sayur campur (jagung/carrot/peas)
ayam + kacang panjang + terung hijau
ayam + sosej + kacang panjang + sayur campur ( carrot/jagung/peas)
telur + salad (nampak mcm sikit kan tp dah mentekedarah kat restoran thai waktu lunch)
bebola daging + salad + peas + carrot + tomato (tukar peas... lemak manisss...)
roti massimo + telur + carrot + kobis + peas...
bebola daging + telur + carrot + peas + tomato
bebola daging + cili solok + tomato + carrot + peas + telur
bebola daging + kobis + peas + telur
(masak sebab.. hari tu makan kat restoran thai, sedap pulak kobis masak kari....)
bebola daging + salad
bebola daging + tomato + tauhu + peas + telur
ayam + bayam (balik dari pasar, penat, lepas selesai kerja kukus ayam, makan je lah ayam kukus dogol nieh dengan sayur bayam rebus dengan bawang putih)
ayam + bebola ikan + carrot + tomato
telur + sosej + carrot + tomato + baby kobis (lamanya tak makan telur campur daun kunyit... rindunya kat mak kat kampung... sob sob sob...)
Setakat nie penurunan 3.6kg... kalau di kira dari berat 86.4 - 82.8 = 3.6kg... tak sampai sebulan lagi... start masak sendiri semula 9/10/2013 (selasa)...
Senam??? semua semput... macam mana nak buat breathless body workout macam nieh entah... kena 2 round warm up dier pun dah rasa macam apa dah... apa yang dapat dikatakan... stamina tak ada langsung... alih2x baru buat 2 hari punya workout tergeliat2x, terus perut kejang 2 hari... adesss... >_<
Nampaknya kena slow2x start dari awal balik semula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan