Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 7 Oktober 2013

Nixoderm


Wahaha... gelak dulu... punyalah beriya sangat nak beli Nixoderm nieh.

Ha... sekali beli... lepas tue balik... excited bukan kemain lagi... bukak jer penutup... terus cium... sekali bau belerang daaa...

Hmmm... produk yang guna belerang sememangnya akan mematikan kulit... gulppp... teragak2x jugak nak sapu kat jerawat kat muka nieh...

Jeng3x... try & error...

Nasib badan lah labu..


Nieh yang tertera dalam kertas dalam box nyer erhhh...


Rawatan untuk Ekzema, Jerawat, Ruam

Apabila kulit kemerah-merahan, gatal, melecur, pecah-pecah atau mengelupas, cuci kulit anda perlahan-lahan. Jangan gunakan sabun yang boleh merangsang kulit. Selepas dicuci, sapukan Nixoderm perlahan-lahan dan menyeluruh di semua bahagian kulit yang dijangkiti.


Kaedah Rawatan

Lakukannya dua kali sehari, pagi dan malam. Rawatan ini perlu diteruskan selama tujuh hari. Kemudian dihentikan selama tiga hari lalu disambung semula selama tujuh hari berikutnya. Teruskan kaedah rawatan ini sehingga kulit pulih sepenuhnya. Jika masih tidak berkesan, silalah jumpa doktor.


Rawatan untuk Gatal Kaki

Gatal, pecah-pecah, mengelupas dan sisik pada kaki, dan celah-celah jari biasanya disebabkan oleh kuman atau parasit yang hidup di bahagian dalam kulit. Masalah seperti ini sukar dirawat dan biasanya memerlukan rawatan yang berpanjangan. Selepas rawatan, kuman yang hidup dibahagian dalam kulit kaki biasanya berselindung di situ. Jadi sekalipun ia kelihatan sembuh, ia akan merebak semula. Oleh itu, anda perlu meneruskan rawatan sehingga dua atau tiga minggu selepas kulit kelihatan pulih.

merendam kaki selama beberappa minit dua kali sehari pagi dan malam boleh membantu. Gunakan sebesen air suam yang dicampur dua sudu besar garam halus dan 1/2 sudu besar soda penaik. Kemudian keringkan kaki dan sapukan Nixoderm.


Rawatan untuk Kurap

Kurap biasanya disebabkan oleh kulat yang hidup di bawah permukaan kulit. Ia dapat dikesan melalui tompok2x merah yang bulat pada kulit.

Untuk merawatnya sapukan Nixoderm.


Lain2x kegunaan

Diet amat penting untuk kesihatan kulit, sayurran segar dan diet rendah lemak dapat menghindarkan masalah kulit. Jika anda masih mengalami masalah kulit, Nixoderm pasti dapat melegakan. Bagi kulit sensitif, sapuan pertama dengan Nixoderm mungkin memedihkan. Untuk mengelakkannya, sapukan selapis jeli petroleum sebelum disapu dengan Nixoderm. Ulangi kaedah yang sama jika perlu.



^_^  ~SENGAL~
dalam hati kang ada jugak aku tempek belerang + minyak gas kat muka...
wahaha gerenti putih melepak...

(BAHAYA UNTUK KESIHATAN OK!!!) (AKAN MENYEBABKAN KULIT TERBAKAR A.K.A PEDIH) (KALAU TAK PERCAYA SILA LETAK TRY KAT PELIPAT ANTARA SIKU DENGAN LENGAN TUE!!!)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan