Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Ahad, 11 Ogos 2019

Kandungan Gula dalam Darah HbA1c - Beras Herba Faiza - Part 1

Assalammualaikum.

Ramai tak antara kita tinggi kandungan gula dalam darah?

NN salah seorang darinya.

HbA1c itu apa?
HbA1c adalah purata glukos darah (gula) anda dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu.

HbA1c tinggi ? Ini bermakna kita mempunyai gula yang banyak dalam darah. Ini bermakna kita lebih cenderung untuk mendapat komplikasi diabetes seperti masalah serius dengan mata dan kaki.

Type of Patient - Non-diabetic (normal)
NGSP - <5.7%
IFCC - <39 mmol/mol

Type of Patient - Diabetec
NGSP - 6.5% or hugher
IFCC - 48 mmol/mol

Type of Patient ' High Risk Developing Diabetes
NGSP - 5.7% - 6.4%
IFCC - 39-46 mmol/mol

Blood test untuk 9/7/2019 result dia NN dapat tahu  15/7/2019. HbA1c 7.1 mmol/mol.

Doktor nasihat jaga pemakanan dan senam. Turunkan berat badan 5% dari berat sekarang (93.2kg) kalau tak nak makan ubat diabetes. 3 bulan lagi kita jumpa berat awak mesti 88.5kg. 😢😢😢

Mungkin masa berat 88.5kg HbA1c drop ke 6.5 mmol/mol. Semoga berlaku penurunan dalam bacaan HbA1c NN. 😢😢😢

Lepas tue tak pasti lagi berapa bulan nak kena jumpa balik semula... dan berapa % nak kena turunkan berat badan...

Jadual nie NN ambil dari Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM

Buat masa nie beras pun dah bertukar ke Beras Herba Faiza. Kita merancang tuhan menentukan.

Gula putih dah dihadkan pengambilan. Digantikan dengan gula merah dan gula dari buah-buahan.

Peria katak ambil isnin-jumaat tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kalau banyak darah drop jadi darah rendah. 😢

Cuba bersenam selagi terdaya... umur dah lebih 35 dia punya penat lain... tak sama macam umur 25...



Sebelum ni makan beras praboiled. Untuk rasa dua2x ok. Cuma untuk beras herba nie kena lebihkan air untuk lembutkan sikit nasinya kalau tak cukup air keras nasinya.

Kenyang... kenyang yang amat... Alhamdulillah semua orang dalam rumah nie boleh terima makan beras herba faiza...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan