Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Jumaat, 7 Disember 2012

Pelembap Muka Safi Rania Gold

5/12/12 aku ke watson lagi, jalan-jalan cari survey vitamin. Tapi benda lain yang di tangkap oleh mata nieh... nampak krim BB Safi Rania, macam best je, nampak krim BB Safi Balqis macam best jugak, nampak krim BB Garnier adesss semua nampak macam best... dah try-try sapu kat tangan... wangi... tapi last-last aku beli krim pelembap safi rania gold untuk di pakai waktu siang hari bukannya beli BB krim. 

Hmmm... setakat nie pagi-pagi... berpeluh tak hingatlah, krim nie tak sekat pernafasan kulit, kulit berpeluh seperti biasa. Dah pakai sebulan nanti baru boleh komen lebih-lebih, nak tengok dulu ada perubahan ke tidak atau takut pulak nanti naik jerawat. Dah lah memang kulit muka nie tak licin dan halus macam kulit orang lain... hoowaaa...

Setakat nieh dah ronda-ronda dah survey dah vitamin yang nak guna pakai. Hmmm.. mungkin kulit tak cukup vitamin kot... disebabkan kurang pengambilan sayu-sayuran dan buahan... jadi kulit pun tak ok... haizzz... entahlah... nak amek vitamin lah pulak lepas nieh...



6/2/2013 ~ updated

Masih teruskan pemakaian pelembab safi rania, masih ada lagi sebab sekali sehari je pakai. malam pakai minyak Rose E. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan