Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Sabtu, 22 Disember 2012

Kemas Bilik Tidur - Part 1

Bilik tidur tongkang pecah... sampai nak jalan pun tak ada ruang...

Jadi minggu lepas dah start dalam kepala untuk merombak bilik tidur... hmmm... ahad lepas dimulakan dengan mengalih almari make up dan meja jahit... tukarkan kedudukan... lepas tue ajer... siap ajer... terus berpusing rasa bilik nieh... terus baring dan tido... terus terdemam-demam hari ahad tu membawa ke hari isnin... gara-gara sakit gusi akibat cabut gigi hari rabu minggu lalu... aktiviti tergendala... 

Semalam start balik dengan mengubah kedudukan katil... bertambahlah bersepahnya bilik... sebab bawah katil terdapat banyak kotak yang menyimpan seribu khazanah masa belajar dulu kala... pergh berabuk tak hingat... 

Sekarang masih lagi tengah belek dan belek barang dan sampai naik bosan dah nieh... stop kejap... otak jam pilih barang untuk buang dan simpan...

Kemas Bilik Tidur ~ Part 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan