Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Rabu, 23 Januari 2013

Atasi Kulit Tumit Kaki Merekah

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, semua orang tak mahu kulit kaki merekah kan? kalo pakai selipar jepun, orang boleh nampak kaki kiter.

NN di landa kemalasan nak pakai stokin masa pakai kasut, jadi masalah kulit tumit kaki nieh melanda kat kulit kaki NN...

Tumit akan ada kelihatan garis-garis halus dan kasar dan kehitaman. Ini boleh disebabkan oleh bermacam-macam sebab. Antaranya selalu memijak simen @ jubin tanpa stokin @ kasut, memakai kasut tanpa stokin, memakai selipar menyebabkan kulit terdedah pada kotoran. Semua ini menyebabkan kulit kering.

Cara atasi:-

1) Lantai Simen Pasir
Dulu bilik air kat rumah, lantai bersimenkan pasir kasar, jadi tak ada masalah kulit kaki merekah, sebab setiap kali mandi gosokkan je tapak kaki & tumit kat lantai simen yang kasar tue.

2) Batu sungai
Ha... nie memang ada kat dalam bilik air rumah mak, orang dulu2x gosok tumt guna batu sungai untuk hilangkan kulit merekah tue, batu sungai tak terlalu kasar dan tak cepat haus.

3) Batu Kikir / Heel Scraper
Yang nie banyak di jual kat mana-mana pasar raya di bahagian barang mandian.

Untuk memudahkan proses mengikis kulit tumit yang dah kering tue, ada banyak pilihan untuk lembutkan kulit kaki, sama ada rendamkan kaki kedalam air suam, atau air suam + garam, atau menggunakan lotion biasa, atau lotion untuk kulit kaki.

Untuk NN, macam-macam lotion dah try, tapi pada NN yang paling bagus guna je vaselin yang original tue. Murah pun murah, kulit kaki pun jadi lembut. Kalo guna lotion yang biasa kadar lembapan lotion tue kurang, cepat kering.

Alat kikis pulak, NN suka guna yang besi daripada gunakan batu apung yang ada di jual kat luar tue.

Cara-cara.
Sebelum masuk tido, rendam kaki atau basahkan kaki, kemudian kikis tumit kaki sampai kulit tumit tue terasa kering, bila kering, gosokkan air kat tumit, dan kikis lagi sekali, buat 2-3 round. Bila dah berpuas hati bersihkan tumit kaki sebelum sapukan vaselin, urutkan tumit perlahan-lahan selama 1-3 minit, dan kikis lagi dengan gunakan batu apung atau besi kikis. Akhir sekali sapukan vaselin lagi sekali dan boleh masuk tido...



Jangan tunggu dah teruk baru nak sebok2x hilangkan tanda2x merekah nie. Nanti susah.

Kalau dah teruk sangat, kena kepit isi2x sekeliling kulit kaki yang merekah2x tue dah kena buang yang hitam2x tue dengan kepit kuku dan kendian kena kikis kuat sikit sampai rasa sakit tumit. Lepas tue baru boleh sapu vaselin. Kena buat 3hari berturut2x.

Kalau tak nak kaki merekah, buat jer gosok slow2x dan sapu vaselin seminggu sekali. Itu dah mencukupi.


* Kalau terasa malas nak buat, pergi spa bayar duit, duduk 1/2 jam kat situ, orang spa tolong buatkan kulit tumit jadi lembut....


2 ulasan:

  1. Bismillah...

    NN, terima kasih artikal cara atasi kulit merekah secara penjagaan.
    kalau nak cream tambahan boleh perolehi Herbal Cream...
    free2 boleh baca lanjut di: http://carehappytips.blogspot.com/2014/05/herbal-blend-shaklee-cream.html

    BalasPadam