Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 30 Januari 2013

Roadtax & Insurans Tak Renew Lebih 1 Tahun

Segalanya berjalan lancar semalam.
Selesai sudah urusan di Perodua, Puspakom dan JPJ.

Wahaha... jangan lagi ulang pekara yang sama... 
!!INGAT TU!!!

Siapa yang susah... diri sendiri jugak... siapa suruh tak renew roadtax & insurans lebih dari setahun???

1 hari cuti. Diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan diri... ^_^

Gerak dari rumah jam 10. Mula2x hantar kereta ke pusat service Perodua. Service2x... nak balik kampung nanti... semoga perjalanan selamat hendaknya. Tinggal sekejap, sementara tue nak buat urusan di Puspakom & JPJ.

Haaa... tengok punya tengok... tayar motor pancit... haizzz... dah tukar tube kali ke 3 tau... kalo kali nie pancit lagi memang mintak tukar rim agaknya, sebab dah tukar tayar sekali. Tak tau la apa problem. Sama ada rim rosak atau memang pancit kena benda tajam kat jalan.

Jadi perjalanan nak ke Puspakom dah lambat, sebab kena tukar tube tayar dulu. Sampai kat Puspakom jam 11 lebih macam tue. Urusan segalanya clear kejap tu jugak. Isi borang dan bayar RM 20.00. Lepas tue tunggu motor kena check. Boleh refer kat sini untuk list Puspakom yang terdekat dengan kawasan rumah. 

Selesai jer, terus ke JPJ untuk urusan insurans dan road tax. Ramainya orang. Tak terkata. No giliran 1510, No giliran sekarang 1373. Haaa... tiba-tiba ada orang bagi no giliran dia... No giliran dia 1403... haaa... rezeki cucu kucing... ekekeke...

Akhirnya selesai semua dalam 1 hari semalam. Dan letihnya tak hilang lagi. Sebab time tido, cucu-cucu kucing sibuk suruh orang bangun. Jam 3 pagi meroyan lari sana sini. 2-3 etoi pakat gigit kaki. Adesss =_= ngantuknyer...

Semua ni gara2x sistem down di pejabat pos pada bulan 5 2010. Bermulalah start tak renew roadtax,  tapi insurans dah renew waktu tue. Insurans hidup sampai bulan 5 2011. Ha... sejak tue lah tak renew2x roadtax & insurans untuk motorsikal GB.

Nak pulak masa tue tak guna motosikal untuk pergi kerja... guna kereta jer... sebab tempat kerja jauh... haa... nie tempat kerja bakal dekat dengan rumah... sudahlah menggagau nak guna motosikal semula.

Haaa... jangan malas-malas nak ke pejabat pos lagi tau...

* sebelum ke Puspakom, sila pastikan motosikal dalam keadaan baik. lampu kiri kanan... meter... warna ikut dalam geran... hmmm... entah apa lagi yang dia check pun tak tahulah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan