Mengenai Saya
- Butterflies
- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Halaman
Khamis, 24 Januari 2013
Nasi Goreng Serai
Nasi (untuk 2 orang) - 2 cawan 1/2 @ 3 cawan
ada 2 cara...
1. cara mudah blend semua bahan di bawah dengan sedikit air.
a. cara susah tumbuk semua barang secara berasingan dahulu.
1 batang serai
1 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji cili api - nak pedas lagi tambah kuantiti
sedikit ikan bilis @ udang kering @ kiub ayam 1 biji
2 biji limau kasturi
sedikit gula
sedikit garam
2. tumis bahan yang di blend sehingga keperangan sikit
b. tumis bawang putih dan halia hingga garing, kemudian masukkan bawang merah & serai di ikuti cili padi dan ikan bilis, bila garing dan naik bau masukkan air perahan limau dan sedikit garam dan gula + sedikit air.
3 & c masukkan nasi dan gaul sehingga rata. pecahkan telur ayam 1 biji dan gaul sehingga masak.
Sedia Di Hidang. + salad + tomato ceri + ayam bakar
* jika ada daun limau purut, semasa menumis tadi boleh tambah untuk menaikkan bau nasi.
* jika tak makan bersama ayam bakar, selesai menumis masukkan udan & sotong @ fishcake & fishball untuk menggantikan ayam bakar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan