Angin dalam badan?
Sebenarnya angin dalam perut dalam usus. Tahun lepas bulan berapa tak pasti. Tak ingat. Nanti nak kena check botol ubat. Kena angin teruk sangat, sampai kejang perut. Pergi klinik Dr. Zaini kat Shah Alam, check tepuk-tepuk perut, dan doktor tanya symtom2x sakit macam mana.
Last doktor bagi ubat sembelit.... haaa... nak kata GB sembelit, bukan tau, sebab berak macam biasa. Tapi angin sangkut kat usus, angin tak keluar dan bertambah2x. Sampai kejang perut, nak melangkah pun sakit yang amat terasa perut tu di tekan-tekan.
Bila makan ubat yang doktor bagi, terus rasa angin yang mencucuk-cucuk perut tu hilang beransur-ansur, kentut pun tidak, sendawa pun tidak. Ha... yang nie hari tue sebab makan bendi, waktu makan bendi tue, tak pulak tahu tak boleh makan bendi banyak2x.
Nie sekarang nieh...
Dah dekat 2 minggu rasa sakit pinggang, last week pegi klinik lain, dia kata sakit otot. Dia bagi ubat otot dan ubat tahan sakit. Hmmm.. tak ada perubahan. (nasib tak nak ubat cucuk) Kalau tak doktor suggest cucuk je. Adesss...
Malam tadi tekad makan ubat angin yang tahun lepas tue, date expired dia 2014. Tak sampai 1/2 jam makan ubat angin tue dah rasa lega sikit, ambil 5ml je. Sepatutnya 10ml. Saje test & error.
Wahaha... rupanya angin sangkut kat pinggang pulak dah... tak tau la kat mana... betul ke tak kat pinggang... tapi kat belakang bahagian pinggang... entah bahagian apa yang simpan angin pun entah... tapi pagi nie terasa bertenaga sikit lah nak pergi kerja... tak rasa sangat dah sakit pinggang waktu duduk... kalau tak, rasa macam pinggang bengkok jer... Nak jalan kaki pun dah rasa ok. Tak ada la rasa di tekan-tekan je pinggang tue. :'(
Nanti malam boleh makan lagi ubat tue. Nak ambik 10ml pulak. Supaya cepat baik. Haizzz... ada-ada je badan nieh nak mengada-ngada. Sejak dah 30an nieh.. macam-macam fesyen sakit ader.... gulppp...
Ubat yang di makan ni nama dier.. Dhupalac - Abbot...
Nie gambar hasil sumbangan goggle... yang sendiri punya gambar nanti bila ada masa baru amek gambar...
Untuk sesiapa yang ada masalah angin tersangkut... hmmm... sila dapatkan nasihat doktor yea... jangan main ambek sebarang ubat... lepas tue kalau boleh pergi ke klinik yang kita dah biasa dengan badan kita... kalau tak biasa tue, ha... tu yang payah tue... macam GB klinik yang biasa tu jauh dari rumah...
Kalau sakit yang kronik2x jer baru GB pergi ke klinik tue... sebab besh... Dr. Zaini dia check mesti ubat dia kena je dengan apa yang GB sakit... Kiranya agakan dia lebih tepat lah berbanding klinik2x yang lain yang pernah GB pergi.
Dr. Zaini nie perempuan ok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan