Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Rabu, 9 Januari 2013

D.I.Y ~ Termpat Kucing Melepak ~ Part 2

Aku plan nak buat Cat Wall Walk Step!!! 

Susulan dari post cat tree hari tue. Cat tree yang kecik pun harga dah mencapai RM300, ini kan pula cat tree yang besar harga mencapai RM500... yang kecik memang mampu milik... tapi fikir banyak-banyak kali, membazir giler!!! cat tree yang besar tue pun bukan sampai ke siling pun... kucing jenis yang memanjat nak sampai ke atas... kalau boleh nak capai siling.

Memandangkan anak kucing aku suka sangat memanjat langsir tingkap dan langsir pintu untuk sampai ke tempat yang tinggi, jadi aku mengambil keputusan untuk membuat tempat nak panjat2x dan lompat2x untuk anak bulus aku yang sekoi nieh... dan tak lupa cucu bulus jugak... erkkk... 

Barang-barang untuk Cat Wall Walk

1- Papan
versi jimat boleh cari papan recycle, versi tak jimat beli kat ikea @ kedai hardware.

2- Carpet Nipis
kalau versi jimat, boleh je cari carpet terpakai @ boleh guna kain langsir yang tebal kalau tak ada carpet.

3- Gam Cap Gajah
yang nie tak ada versi jimat, memang kena beli.

4- Bracket
versi jimat kalau kat hardware ada bermacam-macam jenis, sama jugak kat ikea lagi la bermacam-macam bentuk. kalau kat kedai RM2-5 dapat kaki untuk 2 set, murah berbanding hardware dan ikea.

5- Screw
sama macam penerangan no 4.

6- Gunting / Pisau
memang kena ader lah... kalau tak macam mana nak potong carpet @ kain.

7- Impact Drill / Hammer Drill
yang nie boleh pilih, sama ada beli stok satu atau upah orang. tapi better beli satu, kos upah agak mahal kalau tak kena tempat.

8- Hammer
hmmm... rasanya setiap rumah mesti ada satu kan???

9- Kertas Pasir
kalau guna papan recycle kena la ada kertas pasir, ikut citarasa sendiri, kalau nak kekemasan dan cantik, kenalah buat kemas dan rapi.

10- Shellac Varnish
sama macam penerangan no. 9.










weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

shiap!!!!!!!!!!!!!!!

agak lambat shiap... dan asyik tertangguh kerana hal-hal yang tak dapat di elakkan... ada kenduri kawin lah... kena tunda drill... lepas tue aktiviti mengecat hanya dapat dilakukan selepas balik kerja... nak tunggu kering pun lambat... last last cat 2 kali jer... dah malas nak licinkan kali ketiga dengan kertas pasir dah... ngeeee... boleh lah tu... bukan nyer nak hantar jadi barang kerja kat cikgu Kemahiran Hidup pun....

berapa markah boleh dapat untuk kerja tak kemas nieh... bucu bingkai main tenyeh je potong... tak buat serong... jadi nyer... rupa agak buruk ler sikit... tapi tak nampak sangat... ngeh ngeh  ngeh...



26/5/2013

BATMAN!!!



*** Tempat Kucing Melepak Part 1


Tiada ulasan:

Catat Ulasan