Keperluan pengambilan vitamin C dalam kehidupan harian kita.
Sebelum guna, kena buat banyak survey dalam internet dulu. Sebab dalam pasaran macam-macam jenis orang jual. Kalau orang jual, semua akan di kata bagus... yang ini bagus... yang ini bagus... kan kan kan..
Sekarang nie info di hujung jari. Tekan google tekan search je.
Hasil carian:-
Keperluan maximum untuk orang dewasa hanya 2000mg sahaja. Jika kita makan berlebihan pun, yang selebihnya akan di proses keluar dari tubuh badan.
Dan jika kita terlebih makan pulak, untuk badan yang tak mampu nak tahan kesannya, kemungkinan boleh mengakibatkan cirit birit. Menyebabkan kejang perut dan juga boleh merosakkan tisu badan.
Vitamin C baik untuk antibodi dan jugak kulit. NN baru pakai 1 minggu.
Pilihan NN Buffered C 500mg (slow release). Ia akan berada 8 jam dalam badan. Kenapa NN ambik yang slow release? sebab baru dapat memberikan kesan penggunaannya dalam badan. tak guna kalau kita ambil 2000mg sekali telan pil, tapi sekali lalu jugak dia flush keluar.
Hmmm... nak kata ada perubahan? entah? pada pandangan diri sendiri nampak macam sama je.
Ta...pi... adik kata kulit nampak lain sikit... lain macam mana? dia kata macam berseri-seri... wahaha... adesss... berseri-seri mana pulak datangnyer... masih dalam proses nak menghilangkan tanda2x cela kat muka ...T_T...
Gambar adalah sumbangan dari goggle... contoh Vitamin C...
Cara pengambilan, NN makan selepas bangun tido semasa perut masih kosong.
Dietary Supplement Fact Sheet: Vitamin CHmmm... nak kata ada perubahan? entah? pada pandangan diri sendiri nampak macam sama je.
Ta...pi... adik kata kulit nampak lain sikit... lain macam mana? dia kata macam berseri-seri... wahaha... adesss... berseri-seri mana pulak datangnyer... masih dalam proses nak menghilangkan tanda2x cela kat muka ...T_T...
Gambar adalah sumbangan dari goggle... contoh Vitamin C...
Cara pengambilan, NN makan selepas bangun tido semasa perut masih kosong.
* orang lain rasanya kebanyakan masa umur muda-muda dah ambil vitamin c nie, nn dah tua-tua nie baru lah tahu kepentingan pengambilan vitamin-vitamin nieh.
18/5/2013 ~ Saturday
Baru start botol ke-2... try brand kordell pulak... yang 1000mg pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan