Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Selasa, 12 Februari 2013

Susu Sunlac!!!

Tajuk macam jakun jer... hmmm... dah beberapa kali dah bertembung dengan susu nieh... kali nieh bertembung lagi di pasaraya... hajat di hati nak try test... jadi beli lah satu pack yang kecik...

Kebiasaannya GB amek susu omega jer... sebab bancuh tak payah guna gula pun... ok... nieh nak try susu sunlac pulak... ingat nak diet ikut style group susu sejat pulak... hmmm... bila mo start... entah lah tak pasti lagi... sebab ini diet nak kena betul ikut kira betul... lebih kalori kang haizzz jenuh... melantak je kang kerjanyer...

Tak salah mencuba... cuba jer... selagi boleh cuba... asalkan badan sihat... bukan mengundang penyakit... insyaallah...

Kita mencuba... tuhan menentukan...

Saper yang nak cuba... boleh refer kat group diaorang... atau page diaorang...
Group FB Susu Sejat
Blog Susu Sejat


Maklumat Pemakanan per serving / 25 g

Energy 88 kal
Protein 9.38 g
Fat Less than 1 g
Carbohydrate
- total 12.6g
- sugar (lactose) 12.6 g
Sodium 105 mg
Potassium 400 mg
Calcium 325 mg
Phosphorus 250 mg
Vitamin B2 0.5 mg

Ni apa yang tertulis kat belakang pack susu...

Susu tepung Sunlac adalah dihasilkan daripada susu lembu yang bermutu dengan menggunakan teknologi yang terbaru. Sunlac disediakan dengna teliti untuk menjamin segar dan bersih.

Sunlac merupakan sejenis susu tepung yang sempurna dengan kebanyakan lemak mentega dan air dibuangkan. Ini hanya mengandungi kurang daripada 1% lemak susu.

Sunlac sesuai sekali untuk mereka yang mengawal berat badan dan juga untuk mereka yang memerlukan diet yang rendah lemak dan rendah kolestrol.

Sunlac larut dengan segera di dalam air sejuk untuk menghasilkan susu yang berprotien tinggi, sedan dan berkhasiat.

Cara bancuh susu... wahaha...
4 sudu a.k.a 25 gram + 250 ml air...

Ader resepi contoh...
Sunlac Recipie

* GB add nieh dalam menu Makan Malam GB... rasa hmmm... sedap lagi susu omega... lemak manish... susu sunlac tak ada rasa lemak manish... ngeee...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan