Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Khamis, 31 Januari 2013

Angin Dalam Badan - Dhupalac 10ml

Angin dalam badan? 

Sebenarnya angin dalam perut dalam usus. Tahun lepas bulan berapa tak pasti. Tak ingat. Nanti nak kena check botol ubat. Kena angin teruk sangat, sampai kejang perut. Pergi klinik Dr. Zaini kat Shah Alam, check tepuk-tepuk perut, dan doktor tanya symtom2x sakit macam mana. 

Last doktor bagi ubat sembelit.... haaa... nak kata GB sembelit, bukan tau, sebab berak macam biasa. Tapi angin sangkut kat usus, angin tak keluar dan bertambah2x. Sampai kejang perut, nak melangkah pun sakit yang amat terasa perut tu di tekan-tekan.

Bila makan ubat yang doktor bagi, terus rasa angin yang mencucuk-cucuk perut tu hilang beransur-ansur, kentut pun tidak, sendawa pun tidak. Ha... yang nie hari tue sebab makan bendi, waktu makan bendi tue, tak pulak tahu tak boleh makan bendi banyak2x.

Nie sekarang nieh...

Dah dekat 2 minggu rasa sakit pinggang, last week pegi klinik lain, dia kata sakit otot. Dia bagi ubat otot dan ubat tahan sakit. Hmmm.. tak ada perubahan. (nasib tak nak ubat cucuk) Kalau tak doktor suggest cucuk je. Adesss...

Malam tadi tekad makan ubat angin yang tahun lepas tue, date expired dia 2014. Tak sampai 1/2 jam makan ubat angin tue dah rasa lega sikit, ambil 5ml je. Sepatutnya 10ml. Saje test & error.

Wahaha... rupanya angin sangkut kat pinggang pulak dah... tak tau la kat mana... betul ke tak kat pinggang... tapi kat belakang bahagian pinggang... entah bahagian apa yang simpan angin pun entah... tapi pagi nie terasa bertenaga sikit lah nak pergi kerja... tak rasa sangat dah sakit pinggang waktu duduk... kalau tak, rasa macam pinggang bengkok jer... Nak jalan kaki pun dah rasa ok. Tak ada la rasa di tekan-tekan je pinggang tue. :'(

Nanti malam boleh makan lagi ubat tue. Nak ambik 10ml pulak. Supaya cepat baik. Haizzz... ada-ada je badan nieh nak mengada-ngada. Sejak dah 30an nieh.. macam-macam fesyen sakit ader.... gulppp...

Ubat yang di makan ni nama dier.. Dhupalac - Abbot... 

Nie gambar hasil sumbangan goggle... yang sendiri punya gambar nanti bila ada masa baru amek gambar...


Untuk sesiapa yang ada masalah angin tersangkut... hmmm... sila dapatkan nasihat doktor yea... jangan main ambek sebarang ubat... lepas tue kalau boleh pergi ke klinik yang kita dah biasa dengan badan kita... kalau tak biasa tue, ha... tu yang payah tue... macam GB klinik yang biasa tu jauh dari rumah... 

Kalau sakit yang kronik2x jer baru GB pergi ke klinik tue... sebab besh... Dr. Zaini dia check mesti ubat dia kena je dengan apa yang GB sakit... Kiranya agakan dia lebih tepat lah berbanding klinik2x yang lain yang pernah GB pergi.

Dr. Zaini nie perempuan ok.

Rabu, 30 Januari 2013

Roadtax & Insurans Tak Renew Lebih 1 Tahun

Segalanya berjalan lancar semalam.
Selesai sudah urusan di Perodua, Puspakom dan JPJ.

Wahaha... jangan lagi ulang pekara yang sama... 
!!INGAT TU!!!

Siapa yang susah... diri sendiri jugak... siapa suruh tak renew roadtax & insurans lebih dari setahun???

1 hari cuti. Diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan diri... ^_^

Gerak dari rumah jam 10. Mula2x hantar kereta ke pusat service Perodua. Service2x... nak balik kampung nanti... semoga perjalanan selamat hendaknya. Tinggal sekejap, sementara tue nak buat urusan di Puspakom & JPJ.

Haaa... tengok punya tengok... tayar motor pancit... haizzz... dah tukar tube kali ke 3 tau... kalo kali nie pancit lagi memang mintak tukar rim agaknya, sebab dah tukar tayar sekali. Tak tau la apa problem. Sama ada rim rosak atau memang pancit kena benda tajam kat jalan.

Jadi perjalanan nak ke Puspakom dah lambat, sebab kena tukar tube tayar dulu. Sampai kat Puspakom jam 11 lebih macam tue. Urusan segalanya clear kejap tu jugak. Isi borang dan bayar RM 20.00. Lepas tue tunggu motor kena check. Boleh refer kat sini untuk list Puspakom yang terdekat dengan kawasan rumah. 

Selesai jer, terus ke JPJ untuk urusan insurans dan road tax. Ramainya orang. Tak terkata. No giliran 1510, No giliran sekarang 1373. Haaa... tiba-tiba ada orang bagi no giliran dia... No giliran dia 1403... haaa... rezeki cucu kucing... ekekeke...

Akhirnya selesai semua dalam 1 hari semalam. Dan letihnya tak hilang lagi. Sebab time tido, cucu-cucu kucing sibuk suruh orang bangun. Jam 3 pagi meroyan lari sana sini. 2-3 etoi pakat gigit kaki. Adesss =_= ngantuknyer...

Semua ni gara2x sistem down di pejabat pos pada bulan 5 2010. Bermulalah start tak renew roadtax,  tapi insurans dah renew waktu tue. Insurans hidup sampai bulan 5 2011. Ha... sejak tue lah tak renew2x roadtax & insurans untuk motorsikal GB.

Nak pulak masa tue tak guna motosikal untuk pergi kerja... guna kereta jer... sebab tempat kerja jauh... haa... nie tempat kerja bakal dekat dengan rumah... sudahlah menggagau nak guna motosikal semula.

Haaa... jangan malas-malas nak ke pejabat pos lagi tau...

* sebelum ke Puspakom, sila pastikan motosikal dalam keadaan baik. lampu kiri kanan... meter... warna ikut dalam geran... hmmm... entah apa lagi yang dia check pun tak tahulah...




Jumaat, 25 Januari 2013

Mungkin Jodohnya Dengan Kematian...

Tutup je pintu train KTM semasa di Pantai Dalam, Pantai Dalam, tiba-tiba kepala mula rasa pusing-pusing dan tiba-tiba seram sejuk lalu berpeluh-peluh macam hujan. Angin dari dalam perut menolak-nolak nak memuntahkan isi perut. 

Haa... nasib baik ada mak cik... dia suruh duduk dulu... sampai jer kat KL centre, jalan slow-slow ke arah toilet... wahaahaa... takut termuntah kat orang ramai...

Masuk toilet... tak pulak nak muntah... jadi terpaksalah paksakan jugak muntah... keluarlah air yang terasa masam dan gas-gas... mungkin disebabkan malam tadi minum sikit air 100 plus... perut tak tahan kot... 

Lepas dari tue... asyik sendawa je...

Haizzz... ini kali kedua terjadi...

Sekarang rasa dah ok sikit bila dah makan kuih dan makan ubat.

Nak cerita pasal publish post dari blog I Love Islam nie sebenarnya...

Pagi-pagi dah terbaca...

Hmmm... mungkin takdir aku pun sama... siapa tahu...


Khamis, 24 Januari 2013

D.I.Y ~ Jom Buat Tuxedo Heart Box

Idea Came From This Blog
Tuxedo Heart Box











Barang-barang yang diperlukan:-

2 keping Fancy Card Saiz A4 (keras sikit)
2 keping kertas warna coklat @ hitam (ikut pilihan) - untuk kot luar
1 keping kertas purple @ merah (ikut pilihan) - untuk vest dalam
1 keping kertas biru lembut @ putih(ikut pilihan) - untuk kemeja dalam
sedikit reben untuk tie
manik atau lain2x item yang boleh digunakan sebagai butang baju

Cardboard keras untuk buat box @ guna box sedia ada siap.

stick gum uhu
double tape
gam cap gajah

Template boleh dapatkan dari link nieh
Template Love

kemudian edit dalam word @ sebagainya mengikut saiz yang kita nak.

kalau nak saiz A4 print dalam kertas A4, kalau nak besar lagi boleh besarkan dalam kertas saiz A3.

printkan atas kertas biasa untuk dijadikan template kemudian gunting mengikut bentuk love tersebut.

step ikut gambar kat atas je. senang...

tak faham jugak, bukak blog asal yang buat heart tuxedo box tue... refer kat situ...







Nasi Goreng Serai



Nasi (untuk 2 orang) - 2 cawan 1/2 @ 3 cawan

ada 2 cara...

1. cara mudah blend semua bahan di bawah dengan sedikit air.
a. cara susah tumbuk semua barang secara berasingan dahulu.

1 batang serai
1 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji cili api - nak pedas lagi tambah kuantiti
sedikit ikan bilis @ udang kering @ kiub ayam 1 biji
2 biji limau kasturi
sedikit gula
sedikit garam

2. tumis bahan yang di blend sehingga keperangan sikit

b. tumis bawang putih dan halia hingga garing, kemudian masukkan bawang merah & serai di ikuti cili padi dan ikan bilis, bila garing dan naik bau masukkan air perahan limau dan sedikit garam dan gula + sedikit air.

3 & c masukkan nasi dan gaul sehingga rata. pecahkan telur ayam 1 biji dan gaul sehingga masak.

Sedia Di Hidang. + salad + tomato ceri + ayam bakar

* jika ada daun limau purut, semasa menumis tadi boleh tambah untuk menaikkan bau nasi.
* jika tak makan bersama ayam bakar, selesai menumis masukkan udan & sotong @ fishcake & fishball untuk menggantikan ayam bakar.





Rabu, 23 Januari 2013

Atasi Kulit Tumit Kaki Merekah

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, semua orang tak mahu kulit kaki merekah kan? kalo pakai selipar jepun, orang boleh nampak kaki kiter.

NN di landa kemalasan nak pakai stokin masa pakai kasut, jadi masalah kulit tumit kaki nieh melanda kat kulit kaki NN...

Tumit akan ada kelihatan garis-garis halus dan kasar dan kehitaman. Ini boleh disebabkan oleh bermacam-macam sebab. Antaranya selalu memijak simen @ jubin tanpa stokin @ kasut, memakai kasut tanpa stokin, memakai selipar menyebabkan kulit terdedah pada kotoran. Semua ini menyebabkan kulit kering.

Cara atasi:-

1) Lantai Simen Pasir
Dulu bilik air kat rumah, lantai bersimenkan pasir kasar, jadi tak ada masalah kulit kaki merekah, sebab setiap kali mandi gosokkan je tapak kaki & tumit kat lantai simen yang kasar tue.

2) Batu sungai
Ha... nie memang ada kat dalam bilik air rumah mak, orang dulu2x gosok tumt guna batu sungai untuk hilangkan kulit merekah tue, batu sungai tak terlalu kasar dan tak cepat haus.

3) Batu Kikir / Heel Scraper
Yang nie banyak di jual kat mana-mana pasar raya di bahagian barang mandian.

Untuk memudahkan proses mengikis kulit tumit yang dah kering tue, ada banyak pilihan untuk lembutkan kulit kaki, sama ada rendamkan kaki kedalam air suam, atau air suam + garam, atau menggunakan lotion biasa, atau lotion untuk kulit kaki.

Untuk NN, macam-macam lotion dah try, tapi pada NN yang paling bagus guna je vaselin yang original tue. Murah pun murah, kulit kaki pun jadi lembut. Kalo guna lotion yang biasa kadar lembapan lotion tue kurang, cepat kering.

Alat kikis pulak, NN suka guna yang besi daripada gunakan batu apung yang ada di jual kat luar tue.

Cara-cara.
Sebelum masuk tido, rendam kaki atau basahkan kaki, kemudian kikis tumit kaki sampai kulit tumit tue terasa kering, bila kering, gosokkan air kat tumit, dan kikis lagi sekali, buat 2-3 round. Bila dah berpuas hati bersihkan tumit kaki sebelum sapukan vaselin, urutkan tumit perlahan-lahan selama 1-3 minit, dan kikis lagi dengan gunakan batu apung atau besi kikis. Akhir sekali sapukan vaselin lagi sekali dan boleh masuk tido...



Jangan tunggu dah teruk baru nak sebok2x hilangkan tanda2x merekah nie. Nanti susah.

Kalau dah teruk sangat, kena kepit isi2x sekeliling kulit kaki yang merekah2x tue dah kena buang yang hitam2x tue dengan kepit kuku dan kendian kena kikis kuat sikit sampai rasa sakit tumit. Lepas tue baru boleh sapu vaselin. Kena buat 3hari berturut2x.

Kalau tak nak kaki merekah, buat jer gosok slow2x dan sapu vaselin seminggu sekali. Itu dah mencukupi.


* Kalau terasa malas nak buat, pergi spa bayar duit, duduk 1/2 jam kat situ, orang spa tolong buatkan kulit tumit jadi lembut....


Selasa, 22 Januari 2013

Part 3 ~ Macam Mana Nak Ajar Anak Kucing Guna Litter Box

Hari nie, dengan jayanya... tak ada spot kencing @ beyak dari anak kucing kat luar litter box... ehehehe... tapi masih kena berjaga-jaga... kena awasi selagi boleh.

Yang penting, masa pagi-pagi nak pergi kerja, kena pasang mata, kadang-kadang ada anak kucing yang nak guna toilet. Paling kena jaga lepas bagi anak kucing makan... lepas dia makan dia akan main-main kejap, lepas tu nak pergi toilet... 

Weee... suker-suker... ngew ngew dah pandai sikit... dengan diaorang kena cakap lembut-lembut jer masa diaorang ngew-ngew nak kencing tue... cakap lah... " ha... tencing la dalam box tue.... phat tencing phat... granda ma tak mawah lau tencing dalam box tue..."

Ekekeke... nampak macam sengal... tapi memang itulah kenyataan... bercakap dengan kucing...

Litter box kena la selalu dibersihkan... paling kurang sekali sehari... itu kalau bilangan kucing sikit... kalau bilangan dia banyak dan guna hanya satu litter box, memang kena 2-3 kali sehari cuci... bukan apa kucing tak suka bilik air dia penuh, nanti dia p cari port baru untuk dijadikan toilet dier... jeng jeng jeng...

Kena di pantau sampai usia diaorang 60 hari a.k.a 2 bulan... selepas itu kalau tak ada onar, boleh lah lepaskan diaorang keliling satu rumah... 

Ha... tak sabarnyer... bilakah tiba masa itu... >_<

23/1/2013 - Rabu
5.30am
ader 1 spot tencing!!!!! betul2x tepi litter box... saperlah punya kerja... pantang grandma nn tido... korang buat projek tencing rater2x!!!  @_@


24/1/2013 - Khamis
9.00pm
untuk nak senangkan kerja cuci litter box, sebelum letak pasir dalam litter box, letakkan 3 lapisan surat khabar dalam litter box. jadi nak cuci senang je nanti. angkat surat khabar tuangkan lebihan pasir yang bersih ke satu tempat lain. kemudian gantikan surat khabar baru, dan masukkan balik lebihan pasir & tambah pasir baru sikit. (pasir yang dah kena kencing ngew ngew automatik akan bergumpal dan melekat pada surat khabar) kalau tak letak surat khabar nanti pasir senang lekat kat lantai liter box tue.












Isnin, 21 Januari 2013

Part 2 ~ Macam Mana Nak Ajar Anak Kucing Guna Litter Box

jeng jeng jeng... 

semalam dah beli tray sebiji lagi... tau tak tray aper? tray kuih tepung pelita... yang warna kuning tue...

    >>> ta daaa... tu dier... ngew ngew punya gumpalan kencing...

memulakan operasi... dimulakan dengan menyediakan makanan citam & ngew ngew, bila semua dah selesai makan, tergolek2x masing2x termasuk aku... ngeh ngeh ngeh... tunggu punya tunggu tak de sape mo pegi kencing, alih-alih semua membungkang.

aku terjaga bila ada bunyi kais2x kat board... tray tu aku letak atas board keras... haaa... dah ngew ngew melepaskan urine dier atas board... dua etoi tengah buat projek tencing... adesss tak dapat di selamatkan... sekoi kena campak dalam tray, tapi dia keluar balik & tinggung baik punya kat lantai adesss...

sampai ke tengah malam aku buat operasi ops wahaha... penat... mana tak nyer... menunggu biler la ngew ngew nak g toilet... 

lepas si perang dan si kelawar dah buat onar... si nyaunyau pulak dah start tinggung comel... jeng jeng jeng... aku angkat letak dalam tray... wah... kencing... pandai... siap kais dan tutup... betabur-tabur pasir beselerak merata... mana tak nya sambil kambus sambil main pasir... -.-

tak lama tue dalam 15 minit macam tue si perang start tinggung comel lagi... aaa... angkat kan lagi masuk dalam tray... haaa... selamat kencing dalam tray...

tengah malam pulak... nyaunyau masuk sendiri dalam tray... dia tencing... lepas tencing dier melabur pulak... pandai pulak dier... egegege...

si buntal... tak kencing??? tak tau la pulak kalo aku terlepas pandang...

jam 2 pagi aku tido... @_@

pagi nieh bangun dari tido, periksa keliling bilik kot2x ada ngew ngew kencing merata2x lagi... sebab time kiter tido diorang dok berjaga bergurau senda main sana sini. haaa... nasib tak ada... tengok tray ada 2-3 spot basah... spot kena kencing... ngeeee... erhhh separuh berjaya dah nieh...

dah siap nak p keja... aku tengah duduk di tepi katil sambil menung... tetiba si citam tinggung manish dalam litter box anak dier... adesss... aku angkat tangan ke atas... dan cakap ha!!! nak kencing kat mana tu??? wahahaha... citam terus bangun dan keluar balik dari litter box sambil ngeow2x manje mintak nak kencing kat situ... citam nieh pandai sikit budaknyer... tapi anak-anak nyer... boleh buat aku ting tong... aku pun p dukung citam bawak p bilik air dier... sambil cakap dengan citam... bilik air anak mama kat tempat biasa la... citam mana boleh guna ngew ngew punya bilik air, nanti banjir, mama letak pasir sikit je untuk ngew ngew... letak kat litter box dier, terus dier tencing.... -.-

dalam hati sekarang nieh... jangan lah citam p uk uk kat tray ngew ngew... peninglah aku @_@

for info, sekarang aku tengah follow instruction dari blog nieh Cat Toilet Training

ada keterangan jenis-jenis pasir kucing, juga ada keterangan macam mana nak ajar anak kucing guna tray litter box dier, lepas tu ada keterangan kalau anak kucing terkencing di merata-rata tempat... ha... jangan marah diaorang... nanti diaorang jadi takut dengan kita, lagi susah nak ajar guna litter box...

errr... aku penah buat... aku geram sangat... aku babab montot si perang... haaa... past tu aku aku suruh dia bau litter box secara paksa... tapi tak jugak kenal-kenal litter box tue... kemungkinan besar sebab takut la kot... lepas aku dah babab babab aku amek paper gulung2x ketuk2x lantai... semua bertempiaran lari... termasuk citam... lepas tu aku peluk citam & nanes... mama mintak maaf... mama geram tak tahan ngan perangai ngew ngew... rasa bersalah... sebab aku sayang giler kat kucing-kucing aku... dah aku marah-marah, aku balik rasa sedih...

sekarang tengah survey pasal ammonia... dalam web tue cakap jangan gunakan pencuci yang mengandungi ammonia, nie akan menyebabkan kucing akan pergi balik kat tempat yang sama... hmmm... agaknya sabun yang aku guna ada ammonia ker??? aku guna sabun serbuk breeze warna merah... lepas tu pencuci lantai dari cosway....

ha... nak kena surft internet cari info pasal sabun yang tak ada ammonia... ammonia nie terdapat dalam banyak peluntur, sebab dia tergolong dalam produk pemutihan.

dan bercadang nak menambah tray kuning sebiji lagi... jadi ada 2 la tray yang sama nanti... sekarang ada 2 tray... tapi berlainan... satu tue tak sesuai letak pasir...

itu aje kot untuk entry kali nieh...

* umur ngew ngew dah 43 hari
* semua ngew ngew asik makan pasir... jenuh korek mulut diaorang.... @_@

Part 3

Ahad, 20 Januari 2013

Macam Mana Nak Ajar Anak Kucing Guna Litter Box

-.- pening kepala otak nieh... citam tak ajar anak dier lah...

besepah kencing sana sini... sekarang tinggal 2 spot yang selalu diaorang guna untuk kencing... 1 dah letak litter box... dioarang guna... satu lagi spot masih jadi port diaorang... adesss... payah giler nak ajar guna litter box... kejap diaorang guna... kejap diaorang tak guna...

mula-mula letak pasir, diaorang p makan pasir tue... sekarang diaorang guna litter box kosong jer... tapi berlapik... aku guna bekas lapik pinggan sebenarnya litter box nieh... jadinya memang la ada pelapik tapis air... jadinya bila diaorang kencing, air kencing tak kena kaki diaorang...

 
Kenapa aku tak pakai tray yg ada jual kat pet shop?

Jawapan 1: tray kat pet shop tue rendah, bila kitten kais pasir, senang bertabur2x kat luar tray. (dari pengalaman pertama aku guna masa citam di usia 2 bulan)

Jawapan 2: tempat pinggan ada lapik penapis macam nie, kalo kat pet shop lapik penapis dia halus2x, susah nak cuci.

Jawapan 3: murah pun murah... ngeee...

Jawapan 4: anak kucing dah besar nanti terus beli jer litter box yang besar dan ada penutup keliling tepi. atau buat sendiri litter box guna storage box...

berbalik semula...

ada lagi yang suka kencing kat penjuru bilik aku nieh... ajernyer tension aku dibuatnya... dah la bawah katil... sekarang kena alihkan katil sikit... supaya senang nak lap...

nak kurangkan diaorang p situ aku letak minyak panas... haizzz... tapi rupanya masih jugak diaorang p situ... jenuh dah cuci dengan sabun macam2x... tapi idung diaorang bau tempat poo pee kat situ jugak... 

penat weihhhhh... kang ada yang kena kurung dalam bilik air semua-semua nie kang... sampai pandai guna toilet dier... aku tak boleh buat macam tue sebab nanti macam mana diaorang nak nyusu kat ibu kucing nyer nanti... adesss... kang kalo kurung dengan ibunya sekali kang... macam kucing giler ibunya berbunyi bising satu rumah biler kena kurung... hooowaaa....

nak p cari litter box lagi satu... supaya dua2x port diaorang ada litter box... pening grandma nn dibuatnya... susah jugak nak train kucing indoor nieh guna litter box...

kalo ada cage 2 tingkat kan senang kerja... boleh kurung diaorang... try dulu 2 litter box... kalo masih tak jalan jugak... kena cari ikhtiar lain nieh...

hari2x kerja ngelap lantai makan 5-8 kali ngelap lantai... aternya ada 4 etoi ngew2x yang sangat senget... 

Part 2
Part 3

~Diet Untuk Kesihatan~

~Diet 2013~

setelah berhenti seketika selama 2 bulan... berjaya ternak lemak sebanyak 6-7kg... dari 72kg saiz baju 42 naik ke 78.9kg tapi saiz baju tetap sama 42...

kenapa stop diet & senam??? sebab keadaan sedikit tensi... dan dan dan... memang nak ternak lemak sikit pun... ekekeke... boleh ka macam tue??? boleh ajer kan kan kan...

dan setelah berdiet dan bersenam 16hb hingga 18hb... berat menurun ker 76.5kg... penurunan sebanyak 2.4kg... terlalu cepat... adesss... susah jugak... pagi tadi timbang dah jadi 76.1 pulak dah... lagi turun... tapi i suker you... sebab menu i ada keropok lekor dan tempe goreng you... siap pagi tadi ada mee goreng campur nasi goreng untuk breakfast...

nie testing punya pasal lah nieh... testing apa kata orang... masa kat site lama... orang tue cakap... dia tengah naikkan badan dier... sebab nak build muscle... jadi aku pun terasa teringin nak try... jadi... jadi... jadi... alang2x tengah mood tensi... aku pun melantak lah sesuke hati... ngeh ngeh ngeh...

dah ternak sikit lemak... aper lagi... senam kaw kaw kaw...

malam nie happy sikit... sikit jer... ngeh2x... tadi selongkar gobok... nak cari baju untuk p annual dinner... ingat nak pakai baju ape yang ader jer... tapi memandangkan annual dinner kat hotel... kena la kemas sikit... haizzz... uat macam ner... aku bukan jenis ayu gitu...

cerita balik bab baju... selak punya selak... terpandang stok baju yang di beli... memang beli saiz kecik... kecik untuk badan aku yea... saiz 40 & saiz 38...  25/10/2012 pernah post pasal baju nie... time tue berat berat dalam 72-73kg... ok... tadi try baju tue... muat pakai sama macam hari tue ketat... tapi sekarang kan berat sayer 76.1-kg... silap tak try masa berat 78.9kg hari tue... Baju Saiz 40

target kembali beroperasi...target no 1 untuk tahun nieh... dapatkan berat 65kg... kot2x nanti boleh muat pulak baju saiz 38... dalam masa tue kena tengok macam mana... kalau cun... teruskan ajer... suker suker... aku suker nasihat orang nieh... apa yang di buat jangan menunjuk2x... tapi aku suker share... macam mane tue... adesss...

sebab dulu... dulu-dulu... dah merasa macam2x... tanya orang... kadang2x orang suker buat lencongan... bukan kite tahu betul atau tak... melainkan kite kena cuba try apa yang orang cakap... tapi kalo rasa jalan kite lagi ok dengan diri kita... tetapkan hati dengan jalan yang kite pilih...

dengan menggunakan produk pun ada... kalau kata pil-pil tu... hmmm... tak payah lah... membazir... kesan sementara... tapi kalau kata supplement yang jenis minuman tue di tambah buah-buahan atau jus @ susu... yang nie aku terima pakai... sebab dia mengeyangkan perut... kira replace kan makanan yang kita selalu makan... nieh untuk tempoh berdiet lah... dah tak diet boleh makan seperti biasa tapi dalam keadaan terkawal...

tahun baru... senaman pun baru... menu pun baru... laaalaalaalala...

menu...
perubahan kat ayam... ayam dah  bertambah sedap...
dinner @ lunch... kadang2x replace dengan ice blended... (protein + susu omega+coco)

senaman...
vcd baru!!!


i love amy dixon... ^_^

sekarang tengah follow Fat Blasting Cardio + Total Body Shred

Upper Body Sculpt dah follow...

Lower Body Chisel belum try lagi... sebab hari tue hamstring sakit ooo... kena rest kan kaki...  kalo tak.. nanti. susah nak lari naik tangga kejar masa nak naik train... 2 jejantas naik dan turun kena speed up... don't judge my reason be4 u try it... ok!!!

Core Makeover & Dynamic Stretch & Flow pun masih belum try lagi...

masak pulak terpaksa buat masa malam2x... pagi2x kena panaskan dan masuk dalam lunch box... i love my lunch box... comel2x...

masa sayer terhad... sebab semua benda sayer buat sendiri... kemas bilik sendiri... kemas rumah sendiri... masak sendiri... nak pulak sayer ada 1 anak bulus betine yang tomei lagi enchem tambah pulak 4 etoi hero yang tantik lagi manish... semua tucing indoor... banyak kerja banyak kerja...

pernah update post lunch box under title Daiso... 29/11/2012... comel... beg nyer tinggal sebiji tue jer... nak tak nak... amek jer lah...

terasa comel jer pergi kerja naik ketapi panjang bawak bekal... ngeee...


semoga segala perjalanan hidup ini dipermudahkan... amin...











Sabtu, 19 Januari 2013

Anak Kucing Belum 2 Bulan Dah Makan

Errr... tak ingat berapa hari... tapi dah 30 hari lebih dah usia anak citam nieh... kuat makan diaorang nieh... kesian kat citam... kerempeng2x dah... susu kena sedut... makan dah banyak... macam rimau... tapi tak cukup2x susu agaknyer... jadi kena buat back up sikit... sumbat sikit perut si anak-anak kecik dengan makanan...

Tadi... lepas masak ayam panggang... gerenti lah ader sedikit habuan untuk anak-anak bulus nieh... citam bukan mein tak sabar menunggu... wahaha... sampai kurungkan dia dalam bilik jap... seeebokkk time orang nak potong ayam time tue dier ngeowww...

Tak sabar punya pasal dier panjat meja makan... adesss... aternyer... mama nn dier lambat sebab asyik amek gambar ayam untuk update blog untuk menu ayam... wahahaha... alih2x kena umpan p masuk bilik... ekekeke...

Ok... untuk citam - cebisan ayam ayam...
untuk anak citam - ayam yang dah di blend halus + air...


Betapa kelaparan masing-masing... terutamanya si citam... sebab dier nyusukan anak2x tantannyer... mana tak nyer... empat-empat tantan... kuat betoi nyusu...

Kena letak jauh sikit... si kecik tue bukan boleh percaya tue... kang dia sebokkk join umi dier...



citam punyer dah habesss... dier tumpang sekaki ngew2x punya makanan...

nampak selerak kan kan .. storage box & tong sampah tue tempat diaorang mein2x... siap ada jambatan kucing... wahahaha... 




dier dah kekenyangan... rehat jap kot...


si perang start mandi...


errr... dah terbarinnn...


nyaunyau kecik... masih meneruskan makan... si perang tengah mandi...


errr.. dah kenyang... lagi nyushu ka???


malas mo crop gambar... wahaha... nampak jejantas kucing plak...


si buntal... orang lain dah rileks depan bilik tido... dier masih kerjakan bekas makanan...


mandi mandi... ushuk bau ayemmm...


masih lagi meneruskan pekerjaan melicinkan mangkuk makanan... buntal... buntal...


ngew2x masih tak pandai minum air dalam bekas... asyik tersedak masuk hidung... tue pasal asyik minum shushu jer... kadang2x lepas aku siap mandi... mulalah diaorang jilat kaki aku... kadang2x masa tengah lap lantai diaorang pun join lap lantai... hausss punya pasal... dan tak reti minum dalam bekas lagi... hmmm... kalau time aku lap guna pencuci lantai... semua ngew2x aku kurung dulu... -.-' pening paler... sebok jilat lantai pulak diaorang...


habis dah sesi bagi diaorang sekeluarga mamam... walaupun badan penat macam mana pun @ tensi macam mana pun... bila layan diorang nieh... segalanya tak terasa...


Resepi Ayam Pangang - Versi Nasi Ayam

Ayam Panggang Versi Nasi Ayam

Bahan2x Perapan Untuk 1 ekor ayam sederhana besar...

Blend Bahan2x Nie
+ 2 labu bawang merah (sederhana besar)
+ 2 ulas bawang putih
+ halia sebesar ibu jari - ikut suka
+ lada hitam - 1 sudu teh @ lebih
+ kicap - aku guna kipas cap kipas udang jer... kalo nak warna gelap sikit ayam... guna la kicap pekat...
+ garam
+ >>> yang nie aku tak letak... sebab tak ada stok... memang masak tak guna sos tiram...
+ air perahan limau kasturi - 2 biji @ lebih - ikut suka

Kemudian gaulkan ayam dengan bahan2 tersebut... perap dalam 30 minit... lagi lama perap lagi sedap ler... sebab bahan perapan tue masuk ke dalam isi ayam tue...


Selepas perap... kukus selama 1/2 jam dalam pengukus...


Selesai kukus, gantung dalam oven a.k.a bakar selama 1 jam...


Selepas 1/2 jam pertama, basahkan ayam dengan air kukusan tadi... tujuan untuk dapatkan hasil ayam yang basah... nyummmyyy... kalau  nak buat 15 minit sekali pun ok... ikut suker hati...


Bila cukup 1 jam... memang dah gerenti ayam tu masak, sebab tadi dah kukus 1/2jam...


Kepanasan oven 150-180 darjah celcius... hmmm yang nie ikut jenis oven jugak rasanya...

Sesuai dimakan semasa dalam diet... jeng jeng jeng...

Berselera sikit makan untuk diet... nyummm nyummm nyummm...

* air dari kukusan tadi... boleh di buat kuah kicap untuk cecah ayam nie... cuma tambah kicap & cili padi...
terangkat... pedassshhh...



Sabtu, 12 Januari 2013

D.I.Y ~ Pasang Kabel Plug 3 Pin Ke Lampu Kalimantang

Rasanya hampir 5-6 tahun aku tak buat kerja pasang lampu-lampu nieh. Hari tu masa drill lubang kat dinding ada minta budak tu tolong pasangkan cabel, tapi aku pulak tak beli cabel nyer lagi. Sebab kesuntukan masa nak ke hardware. Alih-alih aku amek keputusan pasang sendiri. Mintak dia drill kan lubang jer dulu.

Ha... nie dulu-dulu aku pasang sendiri... ngeh ngeh ngeh... agak2x rasa2x suruh bukak pasang balik... errr... mesti aku tak reti nak pasang balik... rasanya dah dekat 5-6 tahun jugak nieh...


jeng jeng jeng... senang jer biler pasang ikut gambar... kan kan kan...  gambar yang kat bawah nie kabel ke plug 3 pin...


ok yang kat bawah nie pulak, kabel ke lampu kalimantang... haaa.. wayar neutral tu aku sambung & tape jer...errr... tak pergi beli pun tempat penyambung dier...


dah gantung... weee... kalau ikut hati nak pasang dekat siling tukar ganti dengan lampu sedia ada, tapi tuan punya rumah tak bagi... ngeh2x... jadi lekat kat dinding ajer lah...


test test... nyaler... nyaler...


Disebabkan dah lama tak pasang, memang langsung tak reti nak pasanglah sekarang nie. Jadi gunalah encik goggle untuk cari info. Info dalam you tube lah yang paling senang nak ikut. Follow jer lah sampai siap...

Di sini link you tube yang menjadi sumber rujukan aku untuk hari nie... ngeh ngeh ngeh...

The 3 Pin Plug

Cara Pemasangan Lampu Pendaflour / Kalimantang