Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 26 November 2012

Daiso

Daiso. Daiso nie merupakan sebuah kedai yang menjual semua barangan keperluan rumah errr luar rumah pun ada jugak. Kedai nie asalnya dari Jepun. Kalau survey dalam internet macam-macam boleh jumpa. Antaranya Apa itu Daiso ha... bolehlah click link yang nie >>> Wikipedia . Lepas tu nak tengok web dia boleh click yang nie >>>  Daiso Japan . Kalau nak cuci mata boleh tengok gambar dekat link nie >>> Online Store Daiso

Lama dah pendam nie, tak pergi-pergi lagi. Sebelum bulan puasa lagi dah nak pergi. Tapi tak pergi-pergi. Kalau tak salah dalam bulan May 2012 officemate cerita pasal Daiso. Terbukanya cerita Daiso sebab semua bermula daripada cerita kucing. Officemate cakap baju kucing RM5.00 pun ada jual kat Daiso. Jeng3x.

Hasil survey kat internet, kat bawah nie senarai cawangan Daiso yang ada dalam Selangor. Nak pergi yang mana nieh??? Rasanya aku nak terjah Cawangan IOI dulu, sebab ada satu blog cakap cawangan yang kat IOI paling besar kedainyerrr.

Kalau masuk kedai macam nie mau duduk 1/2jam-1jam kot tengok barang. Untuk yang 1st time la, kalau dah 2nd time pergi tue kejap jer la sebab cari barang yang nak je terus. Wahaha...

Lokasi 1 : Bandar Sunway, Selangor.
Alamat : Sunway Pyramid Shopping Mall, No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Lokasi 2 : Puchong, Selangor.
Alamat : Second Floor, IOI Mall, Batu 9, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi 3 : Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Alamat : One Utama, LG Floor, Bandar Utama City Centre Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Lokasi 4 : Damansara, Selangor.
Alamat : Curve, 2nd Floor, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

Lokasi 5 : Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Alamat : Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Lokasi 6 : Pavilion, Kuala Lumpur.
Alamat : Lot No. : 6.24.05 & 6.24.06B, Level 6, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Lokasi 7 : Harbour Place, Klang.
Alamat: Lot No. : G.02&G.03,Ground Floor,Habour Place Mall, Klang, MALAYSIA.

dah nie nak letak under label apakah ini?
hmmm... hentam je lah. under cuci mata.


*update 26/11/2012 - Isnin

Dah pergi cuci mata kat Daiso Cawangan IOI... antara barangan yang menggugat jiwa... semestilah barang buat kek & biskut... lepas tue pinggan mangkuk dia... wahahaha... ( )_( )v peace tutup mata... tutup mata...


 macam-macam acuan ader...

baju pet...

pedometer... alat ukur langkah pun ada...

dumbbell comel nie pun ada...

stop watch pun ada...


yang nie kan glemer orang jual kat internet... ta..da... 5 hengget jugak kat sini...

Time jalan-jalan kat mana-mana pasaraya bolehlah singgah sebentar ke Daiso. Bekas-bekas plastik dia macam-macam fesyen ada. Cantik-cantik warna.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*update 29/11/2012 - Khamis

Next aku pergi pulak Daiso dekat Sunway Piramid, cawangan nie kecik sikit dari IOI tapi barang-barang dia macam besh lagi dekat sini. Hasil tangkapan aku hari tue 6 barang, kakak aku 3 barang, aku 3 barang... Haahaahaaa... 1 set bekas makanan, 1 beg bekas makanan... dan 1 penyambung ear phone..

Lega dapat penyambung ear phone nie... 2 meter 5 ringgit... ok lah tue... dari nak kena pergi mencari-cari lagi kat mana-mana entah... yang penting tak senget kepala lagi bila dengar lagu masa kat office...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan