Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Jumaat, 26 Oktober 2012

6 Langkah Sebelum Membeli Kasut

NIKE TRAIL RUNNING

1. Cuba Dahulu Baru Beli
Ingatlah bahawa saiz yang diletakkan pada kasut tidak semestinya sesuai dengan kaki anda. Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan mencuba terlebih dahulu kasut berkenaan sebelum membelinya kerana bentuk kaki serta saiz kasut adalah dua perkara yang berbeza.

2. Pakai Stoking Sewaktu Cuba Kasut
Sebaiknya pakailah stoking sewaktu mencuba kasut yang diingini kerana ia akan berikan sedikit keselesaan pada anda. Pastikan juga stoking berkenaan adalah stoking yang selalu atau akan dipakai bersama kasut tersebut. Tentu hasilnya memuaskan hati.

3. Berhati-hati Kasut Jenis Kulit
Mitos mengatakan bahawa kasut kulit boleh menegang setiap masa jadi berhati-hatilah dengan tanggapan berkenaan. Ada juga di antaranya yang mudah melecet dan sukar menegang mengikut bentuk kaki sekali gus mengakibatkan masalah kepada si pemakainya. Oleh itu, beringatlah sebelum membelinya.

4. Berdiri Untuk Cuba Kasut
Anda digalakkan mencuba kasut dalam keadaan berdiri dam kemudian lakukan sedikit gerakan di bahagian hujung jari selama beberapa minit bagi mewujudkan rasa selesa. Jangan lupa, kaki perlu lurus, bukan dibengkokkan.

5. Biar Ada Sedikit Ruang Dalam Kasut
Seeloknya tinggalkan sedikit ruang antara hujung kaki dengan hujung kasut bagi memberi lebih keselesaan. Anggaran ruang yang sesuai ialah 3/8 inci hingga 1/2 inci.

6. Beli Kasut Selesa
Hentikan tanggapan bahawa kasut yang ketat akan regang dan selesa bila dipakai berkali-kali. Semua itu omongan kosong belaka kerana realitinya ialah kasut yang selesa adalah kasut yang muat serta sedap di pakai sejak dari awal lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan