Mengenai Saya
- Butterflies
- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216
Halaman
Rabu, 1 Mei 2013
Antara sayur-sayuran dalam diet NN
First time beli Cili Solok!!!
Sebab 1st time jumpa yang raw, biasa jumpa kat pasar malam kat gerai nasi kerabu. CILI SOLOK. Nie pun semalam adik cantik manis kat pasar tue kenalkan cili solok nie kat NN.
Dia kata cili nie terdapat banyak kat kelantan, kebetulan dia jumpa kat pasar borong, jadi dia beli stok untuk jual kat pasar malam semalam. Sorang lagi pelanggan dok tengok2x, dan dia menambah lagi, cili nie sedap buat jeruk. (ooo... patutlah ada solok lada yang sedap dan tak sedap, dan patutlah ada cili jeruk yang sedap dan tak sedap...) memang ternyata... sedap lagi cili solok dari cili hijau yang biasa...
Ok sebelah cili solok tue pulak, timun jepun baby. Comel jer kan saiz dier. Kecik2x jer, rasa dier lebih sedap berbanding dengan timun biasa dan timun jepun yang matang. Sekarang asyik beli timun yang nieh jer, sebab kakak NN gemar sangat makan timun jepun baby nieh.
Timun jepun baby nie sedap di makan tanpa di masak terlebih dahulu, boleh potong2x gaul dengan mayonnaise atau letak dalam sandwich yum yum yummmyyy...
Hari tue ada entry pasal baby kobis, tapi NN tak pernah download gambar sendiri, ok nie dier baby kobis yang NN guna dalam masakan NN. Yang warna hijau tue ok. Haaa... tue lah rupa baby kobis nya. Sedap, manis buat masak biasa macam tue je, letak garam sikit dengan bawang & bilis dah sedap dah. Ianya lebih sedap dari kobis biasa dan kobis china.
Ada di jual pasar malam dan pasar raya. Ok tak semua tempat ada ok. Jangan tersalah beli salad pulak sudahlah, sebab rupa dier nieh seakan2x daun salad. Tapi dia tak selembut salad.
Ok satu lagi sayur yang warna purple2x tue, NN dah lupa nama dia, siapa tahu nama dia??? Tak ingat apa yang adik manis semalam tue bagi tahu nama sayur tue.
First time beli, dan 1st time masak sayur nie semalam, rasa dier manis, tapi ada sikit bau2x. Kejap jer masak dier, tak sampai 3 minit dalam pan. Dah siap masak.
Rasa dier manis bila dah letak ikan bilis dan bawang. Kata adik manis gerai pasar malam tue rasa dia macam bendi, kalau tak pandai masak, sayur tue belendir. Hmmm... NN masak semalam tak belendir pun, jadinya NN pandai masak lah sayur nie... ekekeke... rasa sayur nie tak ada lah pulak macam bendi.
Dia ada dua color, satu color macam nieh, satu lagi color hijau je semua daun hingga ke batang daun nya...
Kalau di survey dari internet, nama sayur nie sayur remayung. Ia merupakan sayuran tradisional, orang melayu jarang makan sayur nie, biasanya orang cina dan india selalu masukkan sayur nie dalam menu diaorang.
Haaa... patutlah click NN tanam kat site dulu... barulah NN tahu nama dan kelebihan pokok nieh. Untuk info lebih lanjut mengenai sayur nie silalah ke link yang NN dah sediakan. wahaha... NN malas nak taip balik semula. Jadi g lah membaca kat sana.
Jom lah cuba sayur2sayur yang tak pernah kita makan... Jom !!!
Reference :-
Solok Lada
Sayur Remayung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan