Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 4 Mei 2013

Pengiraan Kalori Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan

Create on Saturday - 4/5/2013


BMR - Basal Metabolic Rate
Kadar Metabolisme Asas 
Jumlah tenaga yang diperlukan badan untuk menjalani kehidupan.

Boleh rujuk kat link nie BMR Formula untuk penerangan fully in BI.


Formula Cara pengiraan Metric:-

Perempuan
BMR = 655 + (9.6 x berat dalam KG) + (1.8 x tinggi dalam CM) - (4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki
BMR = 66 + (13.7 x berat dalam KG) + (5 x tinggi dalam CM) - (6.8 x umur dalam tahun)


Formula Cara pengiraan English:-

Perempuan
BMR = 655 + (4.35 x berat dalam Pounds) + (4.7 x tinggi dalam inci) - ( 4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki
BMR = 66 + (6.23 x berat dalam Pounds) + (12.7 x tinggi dalam inci) - (6.8 x umur dalam tahun)


Maklumat NN
Berat 78 kg @ 171.961 pounds
Tinggi 159 cm @ 62.5984 inches
Umur 31 tahun @ 31 years

Contoh Pengiraan - Metric
BMR NN
= 655 + (9.6 x 78kg) + (1.8 x 159cm) - (4.7 x 31tahun)
= 655 + 748.8 + 286.2 - 145.7
= 1690 - 145.7
= 1544.3

Contoh Pengiraan - English
BMR NN
=655 + (4.35 x 171.961pounds) + (4.7 x 62.5984) - (4.7 x 31 years)
=655 + 748.0304 + 294.2125 - 145.7
=  1697.243 - 145.7
= 1551.543

Kiraan hampir sama.
Metric - 1544.3
English - 1551.543


Setelah dah mengetahui BMR badan seseorang, kita kira pulak nilai kalori yang diperlukan (Daily Calories Need a.k.a DCR) badan seseorang tu pulak berdasarkan aktiviti kehidupan seseorang.

Untuk itu kita kena gunakan formula Harris Benedict Equation.


Langkah seterusnya:-

Nie dari Harris Benedict Equation tadi. NN senaraikan dekat sini.

Faktor aktiviti :-
1- 1.2 ~ Sedentary - senam sikit2 @ tidak bersenam
2- 1.375 ~ Lightly active - senaman ringan - 1-3kali seminggu bersenam
3- 1.55 ~ Moderately exercise - sederhana aktif - 3-5kali seminggu bersenam
4- 1.725 ~ Very active - sangat aktif 6-7kali seminggu bersenam
5- 1.9 ~ Extra active - terlebih aktif bersenam - senaman berat + 2 kali training


Contoh Pengiraan Nilai Kalori (DCR) yang diperlukan oleh badan.
Formula ~ DCR = BMR x Faktor Aktiviti


Contoh maklumat NN

BMR NN
hasil kiraan metric - 1544.3
hasil kiraan englihs - 1551.543

Faktor Aktiviti
(yang nie pilih dari jadual Harris Benedict Equation kena bedasarkan aktiviti harian individu)
Contoh NN pilih Lighly active
1.375 ~ Lightly active - senaman ringan - 1-3kali seminggu bersenam

DCR kiraan dalam metric
= 1544.3 x 1.375
= 2123.413

DCR kiraan dalam English
= 1551.543 x 1.375
= 2133.372

~~~

ok boleh faham tak bila dah di translate serba sedikit dalam bahasa melayu, kalau faham english, boleh terus refer kat link2x yang NN dah selitkan kat atas tue. ok.

~~~

semoga dapat membantu pada sesiapa yang memerlukan info.

~~~

Insyaallah jika di izinkan dan ada kelapangan, next NN akan tulis mengenai pengambilan kalori secara sedikit teperinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan