Tumis bawang merah kecik 1 biji + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia, masukkan ayam cincang dan broccoli, perasa nn hanya guna garam.
Goreng 2 biji telur.
Hidang dan taburkan lada hitam.
Ayam bakar resepi >>> Resepi Ayam Untuk Diet
Sayur fresh hirisan cili solok + tomato + timun jepun
Ayam goreng kunyit berlada. Goreng ayam yang siap digaul dengan kunyit, lada hitam dan garam.
Tumis 1 biji bawang merah kecik + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia sedikit garam dan masukkan broccoli, tomato, cili solok, beserta tauhu lembut.
Tumis 1 biji bawang merah kecik + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia dan sedikit garam dan lada hitam, masukkan 1 biji telur dan kacau, kemudian masukkan ayam, sayur baby kobis dan last sekali masukkan tauhu lembut. Jika nak buat macam sup, tambah air dan lebihkan lada hitam dan garam.
Ayam Bakar >>> Resepi Ayam Untuk Diet
Tumis 1 biji bawang merah kecik + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia dan sedikit garam dan lada hitam, kemudian masukkan baby kobis dan juga tomato.
Nie masak express nama dier...
Slice ayam yang pack punya, goreng.
2 biji telur ayam goreng
Campur & gaul dengan sedikit mayonaise dan lada hitam.
Sayur remayung (sayur manis)
Tumis 1 biji bawang merah kecik + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia dan sedikit garam, kemudian masukkan ayam cincang dan juga sayur remayung.
Tumis bawang merah kecik 1 biji + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia, masukkan ayam cincang, baby kobis, dan tauhu lembut. Perasa NN hanya guna garam. Dah siap masak baru campurkan timun dan tomato fresh.
Tumis bawang merah kecik 1 biji + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia, masukkan ayam cincang dan juga broccoli kemudian masukkan sedikit garam dan lada hitam.
Tumis bawang merah kecik 1 biji + 1 ulas bawang putih + 3 hirisan halia, masukkan ayam cincang campurkan garam dan lada hitam, dan masukkan tauhu lembut.
Timun & cherry tomato fresh.
* nielah kenapa NN stand by masak ayam bakar dan stim ayam awal2x. sebab senang nak masak pagi2x & tapau bawak pergi tempat kerja.
* setiap pagi NN minum honey lemon juice. 2 sudu extract juice lemon + 1 sudu madu di campur air sebanyak 250ml @ kurang.
* minum pagi semasa sarapan NN minum teh susu. 1 uncang teh lipton + 2 sudu besar susu sejat + 1 sudu besar gula di campur dengan air sebanyak 700ml atau lebih.
* malam selepas jam 9malam kalau NN tetiba rasa lapar NN akan buat teh susu lagi... ngeee...
* kalau tetiba rasa mood nak makan kudapan, macam biasa... NN makan keropok belinjau tak pun amek maruku halus pulak dah sekarang nieh... adesss...
* kalau NN tak sempat masak NN akan makan roti @ burger @ nasi... @ air soya... asalkan nilai carbohydrate NN dalam 100-150gram sahaja.
* kadang2x g kedai makan amek nasi sikit je... dalam 5-6 sudu bersamaan 1 senduk jer.... orang kedai mesti tanya, cukup ke... adesss... tahulah NN chubby...
* kalau hari bersenam lebih... NN akan lebih makan carbohydrate... kalau tak nanti NN tak larat nak jogging... -.-"
* lada hitam & cili solok, NN rasa macam buat badan NN panas... ha... ini tak sure ok...
* honey lemon juice pulak, kasi cuci perut NN... agaknyalah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan