Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Sabtu, 4 Mei 2013

Pengambilan Carbohydrate, Protein & Fat

Info bagi mereka yang mengamalkan diet, tak kisah diet low carb @ diet atkins @ diet low fat.

Selepas siap mengira Daily Calorie Need (DCR), sekarang tengok pulak pecahan pengambilan carbohydrate, protein dan fat dalam makanan diet.

Tak susah, gunakan calculator nie Calculator jer.

1. Masukkan DCR dalam kotak tue.
2. Pilih Common Diet Ratios
3. Pilih Jenis Diet. - very low carb tue atkins sebab dah under ketosis.
4. Pilih Meal Per Day
5. Lepas Click Calculate.


Nanti dia akan keluar info dalam bentuk jadual macam nie.


Dia dah siap senaraikan cukup sempurna ikut pilihan kita. Bila dah dapat jadual nie, barulah kita boleh refer nutrient fact yang ada dalam makanan, biasa ada tulis kat packaging ataupun bedasarkan kiraaan anggaran dalam web2x yang dihasilkan oleh web luar malaysia - web malaysia setakat nie kurang info.

Try tengok gambar kat atas NN masukkan DCR tanpa kurangkan nilai DCR. Ini bermaksud kiraan gambar diatas nie hanya untuk kekalkan berat badan NN.

Untuk turunkan berat badan, kita perlu kurangkan nilai DCR sebanyak 500. Ini bermakna DCR untuk NN turunkan berat badan NN. 2123 - 500 = 1623. Jadi NN hanya boleh ambil kalori dalam nilai nie sahaja. 

Dan tak lupa juga pengurangan dari pembakaran lemak semasa lakukan senaman, untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan, kita perlu bakar calories sebanyak 500.

Jadi dalam 1 hari kalau penjagaan yang betul dalam pemakanan & juga senaman yang dilakukan dengan betul, maka kita akan dapat burn 1000 calories. Target burn terpulang pada individu, untuk percepatkan penurunan berat badan, kena buat more burn calorie & cut pemakan. 

Peringatan - pengambilan calories kurang dari 1200 per day, tidak baik untuk kesihatan.

~~~

untuk memahami post yang nie, kena refer post yang sebelum nie, yang menunjukkan Pengiraan BMR & DCR.

~~~

NN tak suka ikut calculator nieh. Sebab pengambilan carbohydrate dia terlalu tinggi, Susah nak burn calorie nanti masa bersenam. Jadi untuk NN, NN akan cuba 100gram per day carbohydrate untuk cukup2 dapatkan tenaga semasa bersenam. >_<


~~~

NN akan top up kan bahagian protein dengan sayur-sayuran. haaa... tue pasal asyik makan semangkuk sayur jer setiap meal. Jadi setiap hari 3 mangkuk sayur NN makan... ngeee... bile betul2x NN strict diet.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan