Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Khamis, 15 November 2012

Agar-Agar Kelapa Muda Gula Melaka


Sedap di makan masa tengah hari... atau masa menonton tv di malam hari...

    phewsss... nyummmyyy...

   dihidang sejuk bersama gula hangus...

Bahan2x
18 g x 2 Agar2x kering
1 liter air
1 liter air kelapa muda
1 biji Isi kelapa muda
Gula Melaka 3 keping
Gula Merah 5 sudu besar
Gula putih 5 sudu besar

Untuk gula hangus 3 sudu besar gula...

Cara2x
1. Blend separuh isi kelapa dengan air kelapa muda.
2. Separuh lagi isi kelapa muda dihiris2x pendek untuk hiasan.
3. Didihkan 1 liter air bersama agar2x kering.
4. Kemudian campurkan air kelapa muda yang siap diblend ke dalam bancuhan agar2x.
5. Masukkan gula melaka, gula merah & gula putih. Kacau sehingga larut.
6. Masukkan isi kelapa muda yang dihiris tadi. Kacau dan tutup api.
7. Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam acuan dan simpan dalam peti ais.

* Bila agar2x dah keras dan sejuk, panaskan gula dan sedikit air biar keperangan. Kemudian tuang ke atas agar2x. Siap untuk dihidang dan makan... nyummmyyy...

* sudu besar tue.. sudu yang besar tue tau... yang orang selalu guna makan sup2x tue...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan