Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Khamis, 1 November 2012

Tanjung Harapan, Klang

Jom lepak!!! Sambil lihat matahari terbenam...

Kita ke... Tanjung Harapan...

Tanjung Harapan juga di kira sebagai pusat pelancongan yang menarik di Persiaran Pantai Bandar Sultan Suleiman.

Pemandangan di pelabuhan sangat menarik ketika senja berlabuh. Tapi kalau hujan pada sebelah petang tu, matahari tak nampak, jadi warna oren2x kemerahan dia tak nampak. Kalau boleh pergi pada hari yang elok cerah je. 1st time NN sampai ke Tanjung Harapan kalau tak salah September 2011. NN terpikat dengan pemandangan senja dia dengan pokok yang cantik ketika matahari melabuhkan diri ke laut... aicehhh... aichehhh...

Di situ juga terdapat banyak kedai ikan bakar, sambil makan sambil menikmati pemandangan. Memang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran yang kusut, dengan angin bayu yang sepoi2x dan pemandangan laut yang jauh luas terbentang. Kalau hujan nyamuk banyak ooo...

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti memancing, terdapat pelantar memancing di situ. Disamping menikmati pemandangan yang cantik mereka juga dapat melakukan aktiviti yang menjadi kegilaan masing2x. 

Terdapat 1 Replica Kapal (Bugis Ship Replica) di pelabuhan berkenaan. Cantik? Terpulang kepada pendapat masing2x. Bagi yang gemar merakamkan photo mungkin tidak akan melepaskan peluang untuk rakamkan apa jua yang terdapat di situ.

Tanjung Harapan juga dikenali sebagai Tanjung Gila. Hmmm.. kenapa dan mengapa tidak pula diketahui.

Untuk sampai ke Tanjung Harapan, sila rujuk kepada map2x yang terdapat dalam goggle. NN sendiri pun tak berapa arif nak ke situ.... 2nd time nak pergi tak jumpa... lalala... balik terus rumah... sebab dah malam... kali ketiga pergi... weee... jumpa... senang je jalan nya.. entah kenapa yang kali ke dua nak pergi tue sesat melarat entah kemana... mungkin jiwa tengah sangat2x kacau...


Nie hasil map dari google kalau dari Petaling Jaya ke Tanjung Harapan. Jarak perjalanan kurang dari sejam.

Kalau nak google dari kawasan lain, sila click link google map nie.

Google Map

Click direction, kemudian masukkan ruang bahagian A (dari tempat nak bergerak), isi ruang B untuk tempat destinasi yang kita nak pergi.

Antara gambar yang sempat di rakam... tak lama kat situ... nyamuk beribu2x... dah la nn dhemuk... free free je jadi makanan nyamuk...

Selamat mencuci mata... dan selamat jadi makanan nyamuk...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan