Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Jumaat, 23 November 2012

Taman KLCC

Semalam dah bersiap sedia untuk ke Taman Tasik KLCC. Sebelum bergerak jalan kena pastikan dah ke toilet terlebih dahulu. Sebab nak terus pusing satu tasik untuk menikmati pemandangan. Tak mau tergesa-gesa berjalan-jalan ambil angin kali nieh. Tujuan sebenar mengunjungi Taman Tasik KLCC adalah untuk melihat sesuai tak dijadikan tempat jogging di kala petang hari. Eicheh-eicheh...

Cantik sangat suasana kat Taman Baru dibahagian sebelah kanan KLCC. Hijau lumut dan pengcahayaan yang membuatkan nampak seakan-akan memberi sinar bahagia. Tak percaya? Tak percaya pergilah tengok sendiri. Kalau pagi hari mesti lagi cantik, maksud aku masa matahari tengah terbit.




Photobucket
Gambar jadi bercahaya-cahaya, suka sangat duduk kat sini. Dah snap sana sini terus berjalan menuju pintu utama KLCC. Cari macam mana nak ke Tasik KLCC. Sebab tak pernah lagi pergi Track Jogging kat sini. Hari pulak semakin gelap seakan-akan tak mengizinkan langkah untuk diteruskan. Tapi aku tetap teruskan jugak. Waktu tue dalam hati dah cakap, dah sampai sini, tak kan nak balik tanpa pusing tasik. Selagi tak hujan ku hayunkan je kaki berjalan keliling tasik.

Pemandangan sekeliling track jogging sangat cantik, ramai orang kat Tasik nie. Ada yang dengan rakan-rakan, ada yang datang berpasangan, ada yang datang dengan keluarga. Yang datang dengan keluarga best, sebab kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak a.k.a Children Playground kat situ besar. Kemudian ada pulak kolam untuk kanak-kanak. Memang suka la budak-budak main kat sini. Sebab boleh main mandi kolam!!!

Gambar yang sempat aku snap.







Tak dapat nak jalan-jalan lama. Sebab keadaan hari yang tak mengizinkan. Mendung dan renyai menanti hujan. Guruh berulang-ulang berdentum, orang ramai dah ramai clearkan kawasan taman. Kalau kena hujan nanti badan tak sihat, tapi aku masih setia sehingga menghabiskan 1 pusingan tasik. 

Hmmm... jika di izin, jika panjang usia... insyaallah tak kemana. Apapun kawasan yang sangat cantik untuk jogging. Cuma buat aku, aku tak biasa bila ramai orang. Kalau ramai orang jogging tak pe, tapi bila ramai orang bersiar-siar hmmm... rasa tak selesa pulak nak jogging bila kena dipandang-pandang. Kan aku comel lagi pendek, begegar sana-sini bila jogging. Malooo...

Sekian coretan untuk hari ini...

* gambar-gambar nie hasil tangkapan dari HP sony aku dan di edit dengan software yang terdapat dalam internet...

~goldenbutterflieqiss~




2 ulasan:

  1. petang2 ramai tak jugak..ni tetiba dtg plak smgt nk jogging..tapi ingat nk survey dulu la ...tak dela tegezut time nk lari nnt.

    BalasPadam
  2. petang ramai lepak kat tasik tue, track jogging tak ramai.

    BalasPadam