Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Sabtu, 10 November 2012

Bukit Tinggi a.k.a Berjaya Hills a.k.a Colmar Tropicale (2)

Setelah hampir 2 tahun lamanya menunggu saat nie, akhirnya sampai jua NN ke Bukit Tinggi. Cuma tak tertunai satu yang NN hajati, pergi dengan dia... Apapun berakhir sudah segala penantian NN. Satu lagi penantian NN juga berakhir... 

Tak banyak gambar pemandangan yang NN dapat masuk share. Leka menikmati pemandangan yang sangat2x cantik hasil ciptaanNya. Awan yang biru... Hutan yang menghijau...

Perjalanan bermula awal pagi... tak la awal mana kul 8.35pagi gerak... plan jam 8pagi keluar... tapi... siap2x pack makanan semua dan bersiap2x makan masa sikit...

dah lalu kat terowong... lepas tu mulalah menggangau sampai terlepas jalan sebab map yang print tu salah ke atau NN yang tak faham... ngeee... mengong... boleh je tengok Berjaya Hill Resort tue dan terus je menonong terus je jalan ikut highway... ingat ke depan lagi... ingat ye... Jalan 48... bukan 68 okey...

yang nie lepas dah masuk ke laluan Berjaya Hills... mintak adik snapkan picture... dah nampak bumbung bangunan dari jauh... cantik sangat awan kat kawasan sini...  biru...............

pada NN kalau nak pergi kawasan nie, sama ada keluar atau masuk seeloknya waktu terang, jalan bengkang bengkok... kalau hujan agak berbahaya lah... kawasan dia yang berbukit... yang nie dah sampai tempat beli tiket dier. Tiket untuk dewasa RM12.00. NN pergi berempat jadi RM48.00.

macam-macam papan tanda ada yang nie jalan bengkang bengkok. lagi ada jalan licin. lagi ada yang gambar tengkorak pun ada.

yang ni The Chateu. tak tau la apa, tapi bangunan terletak di kawasan sebelum Colmar Tropical. depan sikit nanti jumpa bangunan untuk parking kereta.





 dah boleh nampak sign board tulis Car Park!!!

Pandangan Colmar Tropical dari kawasan letak kenderaan.

Penatnyer... tapi terubat dengan pemandangan sekitar... erhhh... erhhh... shesat pulak gambar sape entah... dah tak nampak gambar bangunan sikit...

Kat depan kawasan Colmar Tropical ada benda nie... boleh main loncat2x... harga tak tau... NN lalu je... sebab dah tak tahan nak pergi!!!

Nak pergi sini!!! nak terkucil... kekeke... pantang kan.. dalam toilet pun jadi amek gambar...

nie pandangan dari menara pandang dier... hmmm cantik sangat... NN suka sangat2x kat awan kawasan sini... arrr... rasa nak capai...


yang ni pulak dari sisi menara pandang, belakang bangunan nie ada kolam... view cantik sebab hutan yang hijau.

yang nie dah nak gerak balik dah. NN ke kawasan kolam depan semula. Ada kolam... ada swan jeng2x... rehat jap kat tempat redup sambil pandang ke atas. Mulut bebel2x tanya pokok apa pulak nie... ahahaha tak perasan ada orang yang kerja kat situ memerhati NN... dia tolong jawap... pokok anggur tu. Mulalah NN kebek2x cari kot2x ada buah anggur, terpandang yang baru beputik n berbunga. Orang tu pulak tolong tunjuk yang dah besar sikit... ada sejambak nie je... wahhh.. pestime NN tengok... ngeee... jakun jap...

Nak amek gambar ngan diaorang nie, tak dapat-dapat sebab diaorang nie peramah bebenor. Bila kita rapat je ke benteng diaorang pun rapat ke benteng. Ahahaha... aternyer... takut... takut kena sudu. Jadinya dapat amek gambar diaorang je lah.

cantikkan yang nie bawah kawasan parking kereta, dah nak berangkat ke taman jepun dah nie sebab patah balik ke kawasan parking kereta... 

jeng3x... masuk kereta dan menuju ke pintu masuk taman jepun... papan tanda tunjuk bukit 25darjah okey... test test test... erkk... erkkk... erkkkk... enjin nak mati... enjin nak mati... undur balik... try lagi... erkkk.. ekkk ekkk... arrr redha je la damaninong NN tak ternaik bukit 25darjah itu... mungkin sebab 800cc jer...

ta da... patah balik dan park keta dan menuju kawasan menunggu truck shuttle untuk ke taman jepun... jam 1.45petang truck tu gerak naik... kitaorang je naik 4 orang... ngeee...

ni tempat menunggu truck shuttle.

haaa... nie la bukit 25 darjah itu... lepas tu kat depan2x lagi banyak bukit2x yang memang mencabar... kalau bawak kereta 1.3 ke atas boleh la lepas naik atas... turun lepas tue mesti laju... kena hati2x... bahaya jugak nie kalau hujan... Naik truck nie free jer...

Yang nie dah sampai kat atas. Pandangan atas bukit ke bawah, dah nak start perjalanan yang mengambil jarak2x kira2x 400meter ke atas. Jarak tak jauh sangat tapi penat jugaklah sebab kaki dah penat. Nyamuk pun manyak. Kat atas nie sejuk sikit. Sikit je la.

Yang ni dah masuk kat taman Jepun.. memang sangat2x cantik kat kawasan nie. Masa kat sini kamera NN dah limit. Haaa.. kelam kabut tukar setting save gambar ke memory card pulak. Sampai kat atas masuk rumah Jepun, adik NN derduet ngan dia punya BF pakai kimono. Pergh memang cantik giler. Jurukamera pulak 2 orang dah macam sesi amek gambar pengantin pulak dah... Kimono sewa RM20 1 kepala. Time sewa 20minit. NN tak mo kimono NN nak baju punjabi... ngeh3x... ada tak???

Ke atas sikit ada Spa... sunyi macam tak ada orang langsung. Kat dalam dia tak tau la ada orang jaga ke tak. Ke atas lagi sikit ada suite, suite apa pun tak tau la. Ke atas sikit nanti turun balik. Kena  jalan dalam 300m gerak ke Botanical Garden dia pulak. Tapi kalau boleh baik turun balik ikut Taman Jepun tue. Kalau turun ikut belakang apa pun tak besh hutan je sepanjang kiri kanan 300m tue. NN tak turun ke Garden tue, sebab dari atas je dah nampak taman tak cantik. NN terus ke souvenir shop dier.

Seperti apa yang NN nak kan... magnet untuk lekat kat peti ais. Harga yang bulat tu Rm7.90. Harga yang petak tu RM9.90. Dah penat cuci mata kat situ, tumpang tandas kejap. jeng3x... hmmm... bulan ngambang datang pun tak sedar langsung.... settle uruskan bulan ngambang... beli ais krim duduk rehat makan aiskrim jap sebelum turun balik ke bawah...

Yang nie amek masa tengah tunggu truck shuttle nak turun balik ke kawasan Colmar Tropicale semula... cantik kan kan kan... kebetulan ada pulak pohon buluh yang melentik macam tue...
Abish... dah dalam perjalanan balik dah nie...

Perjalanan ke sini alhamdulillah berjalan dengan baik... cuma balik dari sana NN tak larat pergi kerja... sebab sebelum naik sana lagi NN dah diserang demam, kena hujan hari tue... tapi... ada lagi sakit lain... tak tau lah apa... gatal satu badan... merah bintik2x satu badan... baru je makan ubat tahan gatal...

Kemudahan toilet sana sini ada kat atas tue. Tempat jual makanan pun ada, tapi harga agak mahal lah jugak. Air tin pun dah RM4.50 satu tin. Ais krim RM2 ke atas harga. Tapi berbaloi lah untuk pekerja2x kat atas tue. Jauh diaorang nak pergi kerja naik atas bukit tue.

Tempat2x lain NN tak pergi singgah pun. Sebab tak sempat. Kat taman Jepun pun dah makan masa 2 jam bergambar dan bersiar2x. Ngeee...

Bergerak balik keluar dalam jam 4-5petang... sebelum balik berkelah makan dulu kat parking kereta tue... abish da... Perjalanan pergi dan balik makan 2 bar minyak jer...

Bekal makanan bawak naik atas untuk 4 orang...

Mihun Goreng 1 1/2 paket
Sosej 2 pack sama dengan 12 batang
Roti sandwich 2 pack
Inti sardin + tomato cherry + salad
Tom Yam Udang
Gula2x + Kerepek
Air masak + Air Manis

Makanan terlebih cukup.. kekurangan air masak...

Haa... tertunai dah hajat di hati...


Fraser Hills??? Bila mo naik???

Nak naik ker??? huahuahua... 25darjah nak pergi Taman Jepun pun damaninong NN tak ternaikkan... dalam mimpi je la pergi Fraser Hills...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan