Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Jumaat, 30 November 2012

Resepi Durian Crepe

Orang buat... aku pun nak buat... ahahaha... godaan betul... tapi memang sedap... beza dengan lempeng tepung yang biasa...

Amek ko... hilang diet... pagi makan diet ok... tengah hari makan diet ok... tiba malam... hampehhh... godaan-godaan...

Malas betul nak taip balik.. copy paste dari FB...
Credit utk Siti Hafizah
Aku dah menderhaka sikit dari resepi asal...

Resepi Durian Crepe

3 sudu Tepung Pau
1 sudu besar Tepung Ubi
2 sudu besar Tepung Jagung
1 biji Telur (size A)
2 sudu besar Gula Castor
3 sudu Buttermilk (yang dicairkan)
200 ml Susu Dutch Lady (Fresh Milk)
1 titik Esen Vanila
2 titik Pewarna Hijau (ini ikot suka hati)

Cara Nak buat 
1. Campurkan tepung pau, tepung ubi, tepung jagung dan ayakkan.
2. Kacaukan telur bersama-sama gula, butter, esen vanilla, shushu & pewarna.
3. Campurkan kedua-dua adunan. Kacau hingga sebati. Kemudian tapis untuk dapatkan tekstur yang halus.
4. Kalau bancuhan berbuih, biarkan sekejap. Kemudian boleh masak atas pan.
5. Bila tepung tue mengelembung warna kekuningan dibahagian bawah tak melekat lagi di pan, dah masak dah tu, tak perlu diterbalikkan, terus angkat dan isi inti. Siap dah boleh terus makan.

Filling durian, aku guna semata-mata durian tak ada creame... cuma 1 tu aku campurkan ice cream coklat dengan durian... sedap!!! haaa... resepi asal lain sikit sebab guna tepung hong kong tapi disebabkan malas nak pergi kedai kek (jauh) aku tukar ke tepung pau... nie aku dah buat survey dulu tepung hong kong nie lebih kurang macam tepung pau...

Nak lipat macam mana pun boleh... nak bungkus ker... ikut senang nak makan... mula aku try yang besar... haaa.. tu dia besar... aku belah serong dalam gambar... lepas tue aku buat yang kecik-kecik... haaa... baru besh kecik-kecik... sedap sikit layan makan...

* kulit dia masa panas-panas sedap makan... rangup sikit-sikit... krup krap... krup krap...

* inti pulak kalau makan yang baru keluar dari peti ais... macam ais cream...

* kesimpulan... inti dia sebelum letak dalam kulit dia... sejukkan dulu... baru besh... =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan