Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Isnin, 19 November 2012

Tips Sebelum Membeli Aquarium

Tips sebelum membeli sebiji aquarium bedasarkan pengalaman aku sendiri. Ini benda-benda yang perlu difikirkan sebelum membeli "SEBIJI AQUARIUM".

1. Bajet
Kenalah mengikut bajet masing-masing. Kalau nak berkualiti kenalah keluarkan lebih sikit bajetnya. Kalau nak yang biasa-biasa sahaja, bajet rendah sikit.

2. Saiz & Bentuk
Saiz & bentuk aquarium nie banyak segi kena tengok, kalau kata dari segi bajet kadang-kadang tak semestinya yang kecik tue murah, quality kaca aquarium tue pun kadang-kadang berlainan. Ada yang berpenutup ada aquarium yang tak berpenutup. Kena ambil kira kalau ada anak kecik atau binatang peliharaan seperti kucing.

Yang kedua dari segi pemilihan saiz, kena tengok pada penggunaan jugak. Nak letak dalam rumah? Luar rumah? Dalam bilik? Ruang tamu? 

Yang ketiga dari segi pemilihan saiz, kena pulak tengok dari segi nak bela ikan apa? Kalau ikan spesies yang membesar, kenalah aquarium besar. Tambah pulak kalau pada sesiapa yang suka menghias aquarium dengan perhiasan yang pelbagai yang boleh didapati di kedai aquarium.

3. Survey Beberapa Tempat
Kena rajin berjalan untuk survey segala tentang ikan dan aquarium. Kadang-kadang peralatan yang sama ikan yang sama tapi harga berlainan. Kebiasaanya kedai-kedai yang besar atau lokasinya berada di tempat yang terkemuka, harga-harga barangan agak sedikit mahal.

4. Keupayaan penjagaan aquarium
Ha... nie ditujukan kepada perempuan. ngeh... ngeh.. ngeh... tapi tak semua sama kot. Sebab kalau guna pembantu rumah mungkin kerja penjagaan aquarium menjadi mudah. Tapi buat aku yang memang penjagaannya 100% aku yang jaga, aku kena mempertimbangkan faktor penjagaan aquarium sebelum beli aquarium. 

Nak senang cuci kenalah aquarium yang sederhana kecik. Supaya senang diangkat dan di alih. Kalau aquarium besar, kita nak cuci agak leceh, sebab tak boleh nak alih2x bawak ke tempat lain.

Kalau ikutkan air tak perlu pun tukar semuanya. Tapi aku tak boleh lah kalau tak cuci keseluruhan permukaan bawah aquarium tue. 

5. Filter & Water Pump
Kena jadikan faktor jugak nieh. Selalunya untuk beginner macam aku, apa pun tak reti. Dulu mula-mula beli aquarium yang saiz 1 kaki x 1 1/2kaki. Beli filter pump yang kuasa rendah. Ha... macam mana nak filter & nak bagi udara dalam aquarium kalau macam nieh? Power tak cukup. Yang nie kalau secara detail korang kena cari info lagi detail sama ada online atau tanya kenalan atau tanya kat kedai aquarium. Penjagaan air sangat penting untuk ikan. Nanti macam mana diaorang nak bernafas.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai hobi membela ikan aquarium boleh survey dari sini. Dari A sampai Z ada dalam Blog nie.
Blog Aqua Mania FB Aqua Mania
update lagi... ada group... wahhh... syioknya aquarium diaorang...
jom join......... Group Aqua Mania On FB


Tiada ulasan:

Catat Ulasan