Mengenai Saya

Foto saya
Doa ayat 286, Surah Al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Sabtu, 3 November 2012

Mimpi


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasullullah S.A.W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketida ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
  5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
* Sumber
e-fatwa.gov.my

Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berasa dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabat di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang beradi di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu.

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah S.W.T. sebelum tidur. Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan:
  1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan / ditipu oleh syaitan.
  2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin jumpa (si polan) mungkin akan bermimpi sedemikian. Juga termasuk mainan syaitan.
* Sumber
Virtual Friends

* Family NN cukup tak suka kalau NN membaca mengenai tafsir mimpi... dan bacaan ramalan mengikut kiraan jawi... sampai buku2x tue kena sorok... haaa... langsung NN tak dapat bace dah...

* Huhuhu... nie bermula masa sekolah menengah rendah dulu... perasaan ingin tahu tu terjadi bila kerap kali mimpi yang sama... lepas tue selalu mimpi... mimpi biasa2x... tapi bila tiba harinya... NN akan rasa... erhhh dah pernah lalui benda nie... tapi dalam mimpi la... segala butir dan percakapan dalam mimpi sama seperti yang nyata berlaku kemudian...

* hmmm... entahlah... kejadian dan kebesaran DIA...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan