Mengenai Saya

Foto saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - Surah Al-Baqarah ayat 216

Isnin, 5 November 2012

Bukit Cerakah a.k.a Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (1)

Jom Riadah!!! Ke Bukit Cerakah!!! Nama baru dia Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam!!!

Google map ke Bukit Cerakah dari Petaling Jaya.


Alamat:
Taman Botani Negara Shah Alam
40000 Shah Alam
Tel: 03-5510 6922 (waktu pejabat)
Tel: 03-5510 7048 (untuk tempahan penginapan)

Dah sampai terus letak kenderaan masing2x. Masuk beli tiket.

Kawasan meletak kenderaan yang disediakan adalah percuma. Terdapat banyak ruang meletak kenderaan. Kebiasaanya pada hari minggu kawasan meletak kenderaan hampir penuh. Ini kerana ramai yang berkunjung untuk melakukan aktiviti riadah ataupun membawa keluarga bersiar-siar.

Bayaran masuk untuk 1 orang RM 3.00. Tak rugi bayar harga nie kalau masuk untuk melakukan aktiviti seperti berjalan kaki, jogging atau berbasikal. Suasana di pagi hari amat tenang dan sejuk. Syiokkknya kalau tiap2x minggu dapat jogging kat sinie. Kadar Bayaran Yang Dikenakan

Setakat nie yang NN dah pergi... Taman Haiwan, Camar Rimba, Taman Hiasan, Taman Iklim Sederhana 4 Musim & Empangan/Tasik. Sebab nie adalah laluan NN g jogging @ jalan2x buang peluh. Lepas tue baru2x nie ada masuk ke kawasan Kampung Idaman. Saja nak tengok rumah2x tradisional yang ada kat situ. Kawasan situ agak sunyi kalau melawat ramai2x ok lah. huahuahua. balik2x toleh kiri kanan... takut ada harimau... wakaka... hutan banat situ... takottt... Aktiviti

Kalau nak menunggang basikal; basikal ada disediakan. Caj yang dikenakan berpatutan. Ada yang 1 jam RM5.00. Ada yang 1 jam RM10.00.  Kalau larat kayuh sewa lah... ngeee...

Kalau nak memancing bolehlah memancing di Empangan Sungai Baru & Empangan Sungai Air Kuning. Peralatan memancing kenalah bawak sendiri. Pancing layang sahaja yang dibenarkan. Hasil tangkapan mestilah dilepaskan semula ke dalam tasik berkenaan. Kata nya...

Kalau nak bercuti merehatkan minda bolehlah menginap di chalet2x yang disediakan seperti, Kampung Idaman, Kampung Budaya, Rumah Persinggahan & Camar Rimba (A Frame).

Kalau nak masuk rumah 4 musim kena la beli tiket terlebih dahulu. Caj yang dikenakan RM3.00. NN suka pergi time musim bunga. CANTIK!!!

Kat situ pun ada tempat untuk main paint ball di paint ball valley, kalau ada aktiviti berkumpulan boleh lah ramai2x memeriahkan tembak menembak!!!

Kalau nak g taman haiwan... hati2x dengan kuda2x yang ada kat situ erhhh. Nanti kena geget tak jamin... abesss koyak rabak baju kang, silap2x boleh membawa kecederaan. Ada rusa, ada arnab, ada landak, ada kuda, ada burung kakak tua dan ada iguana. Kalau tak salahnya lah yang masa NN pergi. (Taman Haiwan - tak ada bayaran masuk)

Dari segi tempahan penginapan @ sewa @ lain2x kenalah telefon ke pejabat diaorang atau datang sendiri bertanya di kaunter. Sebab NN hanya masuk untuk jogging dan cuci sahaja. Sebab suka dengan struktur kawasan bukit bukau jalannya. Menguji kekuatan betis dan peha.

Info lebih lanjut bolehlah ke web rasmi Taman Botani Negara Shah Alam

Sebenarnyakan kan kan... NN pernah berhasrat nak ke terowong misteri yang kat Empangan Air Kuning tue... bila sampai satu jalan yang kat empangan tue... nn baca sign board pemberitahuan... semua risiko adalah atas tanggungan diri sendiri kalau jadi apa2x. Jadinya hasrat tue bekubur ajalah. sebab laluan tue kena lalu kawasan hutan... jeng3x...

Cabaran paling best Bukit Sapu Tangan... sekali naik pasti tak mo naik lagi... siap tanggal kasut... siap jalan kebelakang... nanti kalau dah kurus sikit dan stamina dah kuat sikit boleh la try uji stamina... jeng3x..

Hmmm tue ajalah pengalaman nn pergi kat bukit cerakah... dan masih mengunjungi situ untuk buat test kekuatan stamina... ngeeeee....

Gambar yang NN amek tengok kat link satu lagi...
Bukit Cerakah 2

*update 7/11/2012 harga tiket rumah 4 musim dah jadi RM5.00.......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan